Udang sejenis
haiwan hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Udang boleh didapati di dalam air
masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak
secara besar-besaran di kebanyakan negara, termasuk di Malaysia, bagi
memastikan bekalan cukup penuhi permintaan tinggi.
Antara udang paling diminati ialah udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar.
Memandangkan permintaan tinggi terhadap udang
galah, ia kini diternak secara komersial menggunakan teknologi tinggi melibatkan
pelaburan besar.
Bagi kebanyakan kaki pancing,
memancing udang galah sesuatu cukup mengujakan. Mereka sanggup memancing
sepanjang hari, berpanas dan berhujan. Ada pemancing mencari kepuasan dapat
udang galah biarpun dia tidak minat makan udang galah.
Sekarang ini, sungai terdapat banyak
udang galah semakin berkurangan. Punca udang galah berkurangan bukan kerana
banyak telah dipancing, tetapi disebabkan sungai telah tercemar.
Sungai tercemar tidak sesuai dijadikan
tempat pembiakan udang galah. Bukan udang galah saja yang pupus, malah hidupan
air lain.
Inilah akibat tidak menjaga alam sekitar yang mana kita tanggung kerugian. Hidupan sungai seperti udang, ikan, siput, belut dan ketam yang menjadi sumber makanan manusia semakin kekurangan.
Inilah akibat tidak menjaga alam sekitar yang mana kita tanggung kerugian. Hidupan sungai seperti udang, ikan, siput, belut dan ketam yang menjadi sumber makanan manusia semakin kekurangan.
Memancing udang galah perlu tahu
teknik atau cara yang betul. Bermula memilih tempat, waktu, peralatan memancing
dan umpan perlu diketahui.
Umpan yang amat digemari udang galah adalah anak udang hidup, jernih warnanya, merah matanya dan segar. Umpan lain juga boleh digunakan untuk memancing seperti cacing tanah, cacing susu, cacing bakau. Sementara untuk ‘memanggil udang’ digunakan kelapa bakar yang dipecah-pecah.

Memacing udang galah sebenarnya tidak
bermusim. Udang galah 'bersedia' untuk dipancing pada bila-bila masa. Namun,
untuk mendapat hasil yang baik, memancing udang galah sebaiknya tidak dilakukan
pada masa air pasang. Begitu juga udang galah sukar tersangkut di mata pancing
jika hari hujan. Waktu terbaik memancing udang galah ialah pada saat kemarau
dan air surut.
Namun, jika memacing udang galah di
muara sungai, elok dilakukan selepas beberapa hari hujan di bahagian hulu
sungai. Ketika itu udang galah akan hanyut bersama dengan air deras menuju ke
laut dan akan bertahan di muara sungai.
Biasanya udang sangat agresif pada
malam hari. Tempat ‘melepak’ bagi udang biasanya di antara longgokan kayu yang
terendam di sungai. Selain itu udang galah juga sering bermain pada dasar
sungai.
No comments:
Post a Comment