Perkara berkenaan
perlu dilakukan supaya dasar itu dapat dimantapkan, selaras dengan tahap
literasi masyarakat Malaysia yang sudah meningkat ketika ini.
Mengikut
perangkaan Jabatan Statistik Negara 2008, kadar literasi rakyat Malaysia pada
kelompok umur 15 tahun ke atas ialah 93.2 peratus.
Data itu
menunjukkan Malaysia berada dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai
kadar literasi tinggi walaupun ia masih berada di belakang negara maju seperti
Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Australia dan Jerman mencatatkan
kadar literasi 99 peratus.
Kadar literasi
rakyat Malaysia tidak signifikan dengan amalan dan tabiat membaca kerana ia
masih rendah dan rakyat hanya membaca bahan terpilih saja.
Bagi kumpulan
umur 10 tahun dan ke atas, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus
hanya membaca akhbar, manakala tiga peratus membaca majalah, tiga peratus lagi
membaca buku dan 1.6 peratus membaca komik.
Jika dibandingkan
dengan AS, 53 peratus rakyat negara itu membaca buku fiksyen dan 43 peratus
membaca buku bukan fiksyen. Perbandingan jelas menunjukkan bahawa rakyat negara
ini masih cenderung membaca bahan ringan berbanding rakyat negara maju yang
lebih gemarkan bahan bacaan dalam bentuk buku.
Usaha
mengembangkan budaya membaca di kalangan rakyat negara ini mesti dilihat
sebagai satu agenda nasional bersepadu dengan proses pembinaan negara, bangsa
dan pembangunan modal insan bukannya menjadi tanggungjawab Kementerian
Pelajaran semata-mata.
Industri
penerbitan buku tempatan disaran mengangkat pengkaryaan ke tahap lebih tinggi
dengan menggunakan kreativiti dan inovatif. Ini dapat dilakukan jika pelabur
baru dalam perusahaan buku, terutama penerbitan, meneroka pasaran baru di luar
negara khususnya penerbitan buku remaja dan kanak-kanak.
Selepas 29 tahun dilaksanakan dan pelbagai
perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba waktunya Dasar
Buku Negara dinilai semula.
Dasar itu tentunya memerlukan suntikan baru selaras dengan kehadiran teknologi maklumat yang terlalu pantas kini, bagi memastikan matlamat untuk membudayakan amalan membaca di kalangan rakyat mengikut tuntutan semasa.

Dalam tempoh berkenaan, terlalu banyak
perubahan berlaku terutama ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
turut mempengaruhi budaya membaca.
Walaupun kadar literasi di negara ini tinggi,
budaya membaca di kalangan penduduk masih pada tahap rendah dan tidak
membanggakan. Malah kajian turut mendapati golongan menengah lebih gemar membaca
bahan bacaan ringan berbentuk fiksyen berbanding buku yang bermutu tinggi.
Pola pembacaan masyarakat bawahan juga tidak
banyak berubah apabila mereka masih terikat kepada bahan bacaan picisan dan
menggemari cerita tahyul yang tidak membawa kepada perubahan minda.
Justeru, kita berharap Kementerian Pelajaran
dapat merangka pelan baru lebih menyeluruh supaya perubahan Dasar Buku Negara
dapat memberi impak kepada perkembangan minda masyarakat.
Ini penting bagi membolehkan budaya membaca terus meningkat di kalangan masyarakat, di tengah-tengah revolusi ICT terutama cabaran digital sekarang yang menyebabkan ramai tidak mempedulikan buku lagi.

Kajian juga mendapati budaya membaca
masyarakat Barat yang selama ini menjadi kebanggaan mereka semakin merosot
terutama di kalangan generasi muda yang terdedah kepada ICT.
Jika masyarakat Barat yang ketagih dengan bahan bacaan boleh bimbang terhadap budaya membaca generasi mudanya, masyarakat kita langsung tidak memberi perhatian kepada budaya membaca apalagi menyediakan perpustakaan di rumah.

Kecenderungan
sebahagian kita menawarkan apa saja bahan bacaan yang diminati masyarakat
terutama hal-hal picisan dan tidak membangunkan minda turut dikesali.
Kita sepatutnya mengubah sikap sedemikian bukan mengambil kesempatan menambahkan lagi rasa tidak peduli masyarakat terhadap bahan bacaan bermutu.
Kita sepatutnya mengubah sikap sedemikian bukan mengambil kesempatan menambahkan lagi rasa tidak peduli masyarakat terhadap bahan bacaan bermutu.
Memang sukar
untuk mengubah minda masyarakat supaya menjadikan membaca buku satu budaya,
terutama melawan pengaruh televisyen dan perkakasan digital yang boleh mengalihkan
tumpuan daripada buku.
Namun, ia tidak
harus mematikan semangat kita untuk terus mencari pendekatan terbaik mengubah
minda masyarakat supaya menjadi penggemar buku dan penilaian ke atas Dasar Buku
Negara adalah permulaan ke arah itu.
No comments:
Post a Comment