Penderaan seksual bapa ke atas anak perempuan
adalah perbuatan tidak perikemanusiaan dan zalim. Terdapat kes bapa rogol anak
sendiri, ayah cabul anak gadis. Ini dikatakan peribahasa haruan makan
anak. Bapa yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan kejahilan anak
sendiri. Apa yang berlaku adalah keterbalikan tabie.
Bapa sepatutnya sanggup bermatian untuk mempertahankan maruah
anak, tetapi berlaku sebaliknya. Papa hebat menjadi hero kepada anak-anak
mereka.
Bapa sedemikian tidak layak dipanggil bapa, ayah, papa, abah,
abi atau gelaran lain yang mulia. Kalaupun hendak dipanggil bapa juga, elok
ditambah dengan perkataan syaitan iaitu bapa syaitan. Bapa yang nafsu iblis.
Ayah bernafsu buas melepaskan kepada anak sendiri.
Sebenarnya, bapa yang bersikap demikian lebih hina daripada
binatang. Haiwan tahu menjaga maruah anak. Haiwan yang tidak ada akal pun tahu
menjaga anaknya.
Bapa sepatutnya mengajar anak perempuan agar menjaga maruah.
Pertahankan kesucian diri. Ini tidak, ayah pula yang menggatal dan ghairah
terhadap anak perempuan sendiri. Mereka memusnahkan kehidupan anak sendiri.
Masa depan anak gelap dan tidak tentu haluan.
Kes ayah cabul anak perempuan semakin bertambah. Mereka rogol
anak sendiri kerana desakan nafsu iblis yang menguasai diri. Itu tidak termasuk
kes bapa menggadai anak untuk puaskan nafsu lelaki buas disebabkan gagal
membayar hutang. Anak dijadikan bahan dagangan.
Memang wajar pesalah sumbang mahram dikenakan hukuman berat.
Hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat tidak menakutkan mereka bernafsu
iblis. Desakan dan keinginan memuaskan nafsu gila lebih menguasai
fikiran.
Sebenarnya, bapa yang melakukan penderaan seksual terhadap anak
sendiri yakin bahawa perbuatan itu tidak akan dilaporkan kepada polis kerana
mereka telah mengugut mangsa. Anak tentu sekali tidak mahu ayah
dipenjara.
Bapa juga menipu anak kononnya itu perbuatan yang biasa dilakukan
oleh bapa terhadap anak perempuan mereka. Maka, perbuatan itu tidak dianggap
satu kesalahan. Kononnya itu tanda kasih sayang.
Lama kelamaan anak sendiri ketagih melakukan hubungan seks
dengan bapa sendiri. Kes bapa main anak semakin banyak. Ada anak perempuan
mengambil alih tugas ibu melayan nafsu ayah.
Sebab itu amat penting anak gadis diajar tentang perbuatan yang
boleh dan tidak boleh orang lain lakukan terhadap diri mereka. Mereka kena tahu
tentang hubungan seks yang dibenarkan dan diharamkan.
Selain bapa, anak gadis juga terdedah kepada gangguan seksual dari ahli keluarga lelaki lain seperti adik atau abang lelaki, datuk, bapa saudara, abang ipar, adik ipar lelaki, bapa tiri, kekasih ibu dan teman lelaki kepada ahli keluarga.
Sejak kebelakangan ini, banyak kes penderaan fizikal dan
penderaan seksual dilakukan oleh teman lelaki kepada ibu. Kes ini berlaku
apabila berlaku kes perceraian atau perbalahan dalam keluarga. Ibu mendapat
kekasih atau teman lelaki lain yang bertindak di luar batasan kemanusiaan
terhadap anaknya.
Kes sama dilakukan oleh bapa tiri yang mengambil kesempatan atas hubungan dengan anak tiri perempuan yang tingggal bersama. Tambahan pula, anak tiri itu telah masuk usia remaja dan beperlakuan ghairah.
Banyak kes ibu yang telah berusia berkahwin dengan pasangan lebih muda yang umurnya sebaya atau tua sedikit dengan anak perempuannya.
Biarpun hubungan bapa tiri dengan anak perempuan tiri termasuk
dalam mahram atau kedua-duanya haram berkahwin sampai bila-bila setelah wujud
atau berlaku hubungan seks antara bapa tiri dengan ibunya, mereka perlu menjaga
batasan hubungan.
Anak tiri perempuan perlu menjaga batasan aurat agar tidak terdedah atau perbuatan yang boleh mengundang ghairah bapa tiri.
Anak tiri perempuan perlu menjaga batasan aurat agar tidak terdedah atau perbuatan yang boleh mengundang ghairah bapa tiri.
Gejala sumbang mahram ini bukan saja berlaku di negara kita tetapi amat meluas di iceland akibat keadaan unik di pulau itu: https://thevexingworld.blogspot.com/2017/08/hubungan-seks-sedarah-di-iceland.html
ReplyDelete