Setiap
Muslim mesti mempercayai bahawa manusia pertama dicipta ialah Nabi Adam.
Manusia bukan terhasil melalui proses evolusi daripada makhluk lain yang
bertukar menjadi manusia seperti sekarang.
Adam
dicipta daripada tanah liat sepertimana firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat
26 bermaksud: “Kami telah menjadikan manusia itu daripada tanah liat hitam
kering, daripada tanah hitam yang berubah baunya.”
Manakala sabda Rasulullah pula bermaksud: “Kamu
semua adalah daripada anak-anak Adam dan Adam daripada tanah. Manusia
itu dari anak-anak Adam dan Allah mencipta Adam daripada tanah.” (Hadis riwayat
Abu Daud).
Penciptaan
Adam dalam keadaan sempurna, yang menjadi bapa kepada seluruh manusia dari mula
hinggalah ke hari kiamat. Adam dilantik
sebagai khalifah di muka bumi dan nabi pertama yang mampu menguruskan kehidupan
dan menimba ilmu pengetahuan.
Allah
membezakan penciptaan manusia berbanding makhluk lain. Manusia diciptakan dengan kelebihan akal dan
nafsu.
Firman
Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
sebaik-baiknya.” (Surah at-Tin, ayat 4).
Oleh
itu tidak tepat jika mempercayai bahawa teori evolusi mengenai asal kejadian
manusia. Pembuktian dalam hal-hal lain
berkaitan evolusi tidak boleh dijadikan bukti tentang asal kejadian manusia.
Teori
evolusi menggambarkan bahawa kejadian manusia berasal daripada beruk atau kera
besar. Ketika melalui evolusi sebagai
manusia purba, peradababan hidup manusia didakwa belum sempurna. Hidup secara rakus ala alam haiwan,
terikut-ikut cara hidup sebelum itu.
Berdasarkan
kepada teori evolusi, jika Adam dianggap manusia pertama yang sempurna,
maknanya Adam dilahirkan oleh generasi beruk sebelum itu. Ini jauh sekali daripada apa yang telah
dijelaskan oleh Allah bahawa Adam (manusia) dicipta daripada tanah.
Kadar
evolusi manusia juga didakwa berbeza-beza mengikut keturunan berdasarkan warna
kulit. Menurut fahaman Darwinisme
(kepercayaan terhadap teori evolusi), bangsa kulit putih lebih tinggi dari segi
evolusinya daripada orang berkulit hitam.
Inilah
sebab dijadikan alasan mengapa kaum kulit putih lebih ke hadapan cara pemikiran
dan gaya hidup berbanding kaum kulit hitam. Contohnya, bangsa yang kulitnya hitam pekat, dianggap lebih dekat dengan
keturunan orang hutan.
Fahaman
inilah sedikit sebanyak mempengaruhi orang kulit putih menjadikan orang kulit
hitam sebagai hamba abdi. Mereka
merasakan lebih mulia berbanding orang kulit hitam. Dalam keadaan lebih hina, orang kulit putih
mendakwa orang kulit hitam masih layak dilayan seperti haiwan kerana belum
berevolusi sepenuhnya menjadi manusia yang sempurna.
Sedangkan
sebenarnya, Allah mencipta manusia berlainan bangsa dan warna kulit adalah
untuk manusia saling kenal mengenali dan berkasih sayang. Manakala penilaian Allah terhadap manusia
adalah berdasarkan kepada takwa.
Teori
evolusi asalnya turut menyandarkan kepada alasan bahawa perbezaan genetik amat
kecil antara manusia dan cimpanzi. Cimpanzi dianggap keturunan beruk yang memasuki evolusi terakhir sebelum
memasuki fasa manusia purba. Penyokong
teori evolusi mendakwa 99 peratus genetik manusia menyamai genetik cimpanzi.
Teori
evolusi berasaskan genetik ini pada mulanya sukar dipatahkan oleh orang Islam
memandangkan sainstis Islam tidak mempunyai kemahiran tinggi tentang genetik
biarpun ilmu genetik mulanya diasaskan oleh orang Islam. Pun hakikatnya, orang Islam tidak pernah
dipesong oleh teori evolusi, melainkan sedikit bilangannya disebabkan kelemahan
iman.
Perbohongan kaitan genetik terbongkar apabila
sainstis Islam yang membuat kajian mengenai genetik untuk menyokong teori
evolusi menemui sebaliknya. Persamaan antara manusia dan cimpanzi dari
segi genetik sebenarnya hanya sekitar 95 peratus
Kita
menanti-nanti lahir sainstis Islam yang dapat menyangkal sepanuhnya teori
evolusi. Sekarang ini kita menggunakan
ujikaji dijalankan sainstis bukan Islam.
Mungkin ada sesuatu yang mereka rahsiakan.
Menurut
apa difirmankan Allah dalam al-Quran, terdapat empat cara manusia dicipta. Selain Adam dicipta daripada tanah, Hawa pula
dicipta daripada tulang rusuk Adam. Nabi
Isa dilahirkan tanpa bapa. Sedangkan
manusia lain dicipta melalui proses biasa memerlukan cantuman mani dalam
rahim.
Individu
Muslim tidak boleh sama sekali menerima pakai teori evolusi tentang kejadian
manusia kerana dalam al-Quran telah menjelaskan keturunan manusia berasal
daripada Adam. Kandungan al-Quran tidak
harus diragui. Mempercayai kepada
al-Quran (percaya kepada kitab-kitab) adalah termasuk Rukun Iman.
Allah
tidak melarang kita mengkaji tentang kejadian alam. Diharapkan kajian yang dilakukan akan
memperkuatkan tanda keimanan dan mengakui kebesaran Allah. Semakin banyak yang dikaji, semakin menemukan
kehebatan ciptaan Allah.
Malangnya,
bagi pengkaji kafir, semakin banyak dikaji, semakin terasa keangkuhan. Mereka bukan tidak menemui kebenaran dalam
kajian, tetapi sengaja memesongkan ilmu yang diperoleh. Pengkaji kafir sengaja menafikan kebenaran
kandungan al-Quran yang telah banyak menyebut mengenai kejadian alam.
Hampir
semua tokoh komunis dan pengikutnya mempercayai mengenai teori evolusi kejadian
manusia. Ini bersesuaian dengan keyakinan
mereka bahawa tidak ada pencipta manusia.
Alam ini terjadi sendiri melalui proses evolusi sejak beribu jutaan
tahun lalu. Fahaman komunis menolak
kenyataan adanya Maha Pencipta alam ini.
Proses evolusi mungkin sesuai untuk membincangkan
tentang kejadian makhluk lain.
Itupun hanya satu andaian. Hanya Allah mengetahui tentang kejadian alam
ini dan seluruh isinya, bermula ia dicipta dan apa yang akan berlaku
seterusnya. Allah Maha Pencipta.
No comments:
Post a Comment