Institusi perkahwinan tidak sekadar melibatkan pasangan suami isteri. Sebaliknya,
ia turut melibatkan seluruh ahli keluarga dan memberi kesan kepada masyarakat
keseluruhannya. Maka itu, hal berkaitan masalah dalam keluarga tidak
boleh dipandang mudah.
Kesan masalah paling ketara tentu ditanggug oleh pasangan suami isteri itu
sendiri. Situsasi ini memberi kesan kepada beberapa perkara.
Kesan emosi paling ketara dirasai. Gangguan emosi memberi kesan
tekanan yang amat buruk. Keadaan kemurungan dan tekanan yang
berterusan boleh menimbulkan masalah jiwa. Jika tidak dikawal boleh
menyebabkan gila atau kesan negatif lain.
Prestasi kerja menurun apabila berdepan dengan masalah
keluarga. Keadaan ini memberi kesan besar kepada kerja. Ada
pekerja diberhentikan kerja kerana prestsi teruk akibat konflik keluarga
dialami.
Konflik boleh menjelaskan kesihatan pasangan terlibat. Dalam keadaan
tertekan, satu kesan paling ketara ialah masalah tekanan darah tinggi dan boleh
melarat kepada masalah penyakit jantung. Penyakit ini jika
berterusan boleh membawa kepada maut.
Kesan kepada anak. Anak-anak biasa menjadi mangsa apabila ibu
bapa berdepan konflik rumahtangga. Jika ibu bapa tidak bersefahaman,
tentu sekali anak-anak juga menanggung akibatnya.
Anak kurang mendapat perhatian jika ibu bapa asyik
berkonflik. Mereka tidak dapat melakukan akvititi yang bisasanya
dilakukan bersama. Contohnya, ibu bapa berdepan konflik tentu tidak
akan keluar untuk bersiar-siar atau berkelah.
Ibu bapa yang berdepan konflik turut memberi kesan emosi dan tekanan kepada
anak-anak. Ini kerana anak-anak merasakan tidak mendapat hak yang
sepatutnya seperti kasih sayang dan perhatian. Pada masa sama mereka
juga bimbing jika konflik yang tidak dapat dikawal itu menyebabkan perceraian
ibu bapa.
Dalam kes ibu bapa yang berdepan konflik akan melepas perasaan terhadap
anak-anak. Anak dimarah dan kadangkala dipukul disebabkan satu
kesalahan yang tidak sepatutnya mereka dihukum sedemikian.
Kesan buruk terhadap hubungan kekeluargaan. Perkara ini tidak
boleh dipadang mudah. Maka itu, suami isteri tidak boleh menganggap
apa yang berlaku hanya melibatkan diri mereka saja.
Apabila berlaku konflik suami isteri, kerap turut melibatkan campurtanggan
keluarga. Keluarga tentu akan memihak kepada anak
masing-masing. Keadaan ini menjadi semakin parah apabila berlaku
saling menyalahkan. Ini menyebabkan hubungan dua keluarga menjadi
renggang.
Dendam keluarga akan membara jika ada kes sebelum ini yang telah terpendam
lama. Mereka mengambil kesempatan untuk menyemarak kembali kes
dahulu yang sebelum ini telah tertutup melalui perkahwinan.
Putus hubungan atau kerjasama antara keluarga sering berlaku berpunca
konflik suami isteri. Kes putus hubungan perniagaan, konflik di
tempat keluarga dan hubungan dalam masyarakat wujud disebabkan masalah dalaman
ahli keluarga. Bayangkan apa yang berlaku itu hasil daripada konflik
suami isteri, itu belum lagi jika berlaku perceraian.
Menyumbang masalah dalam masyarakat. Konsep melahirkan
masyarakat harmoni melalui keluarga bahagia sering dijadikan
sandaran. Maka, jika keadaan keluarga tidak bahagia, tentunya
kesannya turut melibatkan seluruh masyarakat.
Anak terabai akibat konflik ibu bapa akan menimbulkan masalah sosial dalam
masyarakat. Kajian mendapati mat rempit, kaki lepak dan pelbagai
masalah sosial lain yang dilakukan oleh anak-anak adalah berpunca keadaan
keluarga yang tidak tenteram. Mereka cuba mencari altenatif lain
untuk melepaskan perasaaan atau melupakan masalah keluarga.
Prestasi tempat kerja pasangan bermasalah berdepan prestasi
menurun. Ini memberi kesan buruk kepada majikan. Bayangkan
jika suami iateri bermasalah terbawa-bawa masalah keluarga ke tempat
kerja. Jangan terkejut jika prestasi pekerja setiasa turun naik, dan
jika diselidiki berpunca berlaku krisis dalam keluarga.
Fikirkan, dalam kes konflik rumahtangga yang berpunca masalah kewangan, ada pegawai kerajaan atau petugas di agensi swasta sanggup melakukan rasuah semata-mata untuk mendapat wang yang lebih semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga. Kita tahu, masalah rasuah boleh merosakkan negara dan mengancam keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment