Monday, 2 October 2017

Perbohongan Teori Evolusi Darwin

Darwin mengasaskan teori evolusi pada 1859 yang mencetuskan pemikiran bahawa manusia berasal daripada beruk. Mengikut kajian mendapati manusia yang terawal dipercayai wujud sejak 100,000 tahun lalu. Manusia purba hidup secara liar dan tinggal di dalam gua. Mereka sering bergaduh merebut makanan. Dengan kata lain, manusia purba hidup seperti haiwan iaitu siapa yang kuat dia akan menang dan terus hidup.

Manakala yang lemah akan menjadi mangsa kepada yang lebih gagah dan perkasa. Manusia purba hidup dengan ringkas sekali kerana pada masa itu belum lagi wujud suasana tamadun. Mereka makan makanan yang mentah dan meratah binatang secara hidup-hidup.

Pakaian manusia purba diperbuat daripada kulit kaya untuk melindungi tubuh daripada kesejukan dan serangan serangga berbisa. Apabila manusia semakin pandai dan mengumpul pengalaman hidup, maka cara hidup pun berubah kepada keadaan lebih baik.

Perubahan ini berlaku mengambil masa yang lama dan berlaku secara evolusi. Pakar sejarah membahagikan tahap zaman kehidupan manusia kepada beberapa zaman yang dikenali saman batu, besi, gangsa dan sebagainya.

Bentuk badan manusia yang terawal dipercayai berada dalam keadaan yang bengkok atau melengkung dan berjalan seperti monyet. Manakala badan pula dipenuhi dengan bulu yang lebat dan kelihatan seakan-akan orang utan. Bentuk tengkorak tidak jauh beza dengan tengkorak monyet.

Teori evolusi asalnya turut menyandarkan kepada alasan bahawa perbezaan genetik amat kecil antara manusia dan cimpanzi. Cimpanzi dianggap keturunan beruk yang memasuki evolusi terakhir sebelum memasuki fasa manusia purba. Penyokong teori evolusi mendakwa 99 peratus genetik manusia menyamai genetik cimpanzi.

Teori evolusi berasaskan genetik ini pada mulanya sukar dipatahkan oleh orang Islam memandangkan sainstis Islam tidak mempunyai kemahiran tinggi tentang genetik biarpun ilmu genetik mulanya diasaskan oleh orang Islam. Pun hakikatnya, orang Islam tidak pernah dipesong oleh teori evolusi, melainkan sedikit bilangannya disebabkan kelemahan iman. 

Perbohongan kaitan genetik terbongkar apabila sainstis Islam yang membuat kajian mengenai genetik untuk menyokong teori evolusi menemui sebaliknya. Persamaan antara manusia dan cimpanzi dari segi genetik sebenarnya hanya sekitar 95 peratus

Sesungguhnya Allah mencipta manusia untuk dijadikan khalifah di muka bumi. Ciptaan itu disempurnakan tanpa melalui proses yang panjang. Terciptanya Adam dengan keadaan sempurna sepertimana manusia hari ini, tanpa proses evolusi yang dianuti oleh golongan yang tidak mempercayai kekuasaan Allah. 

Ketika Adam mula dicipta, keupayaan akalnya telah sempurna. Seluruh generasi manusia telah tersedia akal yang sempurna seperti manusia sekarang. Apa membezakan manusia dahulu ialah dari segi ilmu dan tamadun.

Sebagai persediaan untuk Adam menjadi khalifah di muka bumi, terlebih dahulu Allah mengajar Adam (ketika masih di syurga) mengenai perkara apa yang ada di bumi. Ilmu ini tidak diajarkan kepada iblis dan malaikat.

Sebab itu, ketika diadakan ‘ujian’ pengetahuan mengenai bumi, Adam dapat menjawabnya, sedangkan iblis dan malaikat gagal. Ini meletakkan Adam paling layak dipilih menjadi khalifah di muka bumi. 

Firman Allah yang bermaksud: “Telah mengajar Nabi Adam nama-nama benda seluruhnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 31).

Jelaslah, Adam telah dicipta sebagai sempurna dan bukannya jenis hemo erectus (manusia yang belum sempurna) seperti didakwa golongan berfahaman evolusi. Allah tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mencipta manusia yang sempurna dan tidak memerlukan rangka prototaip manusia terlebih dahulu.

Allah menegaskan bahawa Dia mampu membuat sesuatu dalam tempoh sekelip mata. Firman Allah bermaksud: “Segala yang menjadi urusan Kami terjadi hanya dengan satu kata saja, hanya sekelip mata.” (Surah al-Qamar, ayat 50). Dalam surah Yasin, ayat 82 pula bermaksud: “Sesungguhnya keadaan-Nya apabila ia menghendaki sesuatu hanyalah berkata: ‘jadilah’, maka terjadilah ia.”

Golongan yang sesat berusaha untuk turut menyesatkan orang lain. Oleh itu amat penting setiap Muslim berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam semua hal.      

No comments:

Post a Comment