Kisah Pak Kaduk
bernasib malang, menang sorak kampung tergadai wajar dijadikan pengajaran. Kisah
bermula, di sebuah negeri di mana raja dan rakyat suka berjudi dengan sabung
ayam.
Pak Kaduk memiliki seekor ayam sabung handal. Apabila diketahui raja juga ingin menyabung ayam baginda, maka Pak Kaduk turut serta.
Pak Kaduk memiliki seekor ayam sabung handal. Apabila diketahui raja juga ingin menyabung ayam baginda, maka Pak Kaduk turut serta.
Apabila sampai di
tempat sabung ayam, si raja yang telah mengenali Pak Kaduk terus menyapa dan
bertanya khabar. Raja mengetahui ayam sabung Pak Kaduk handal, lalu baginda
mengusulkan agar dilakukan pertukaran ayam sabung di antara mereka.
Setelah
dipersiapkan ayam sabung masing-masing yang telah bertukar tangan itu, lalu
kedua-dua ekor ayam itu telah dilepaskan ke gelanggang atau bong yang
dikelilingi sekalian rakyat jelata menonton.
Ayam asal milik Pak
Kaduk ternyata handal di tengah-tengah bong. Habis ayam asal raja yang kini
telah menjadi milik Pak Kaduk ditaji. Pak Kaduk yang terlalu gembira telah lupa
bahawa ayam miliknya telah bertukar tangan kepada raja.
Setelah ayam milik
Pak Kaduk tewas dan mati, Pak Kaduk terus melompat kegembiraan kerana menyangka
ayam yang mati itu milik raja. Namun, setelah disedarkan oleh jurubong atau
pengadil sabung ayam bahawa ayamg yang mati itu sebenarnya milik Pak Kaduk
setelah setuju ditukarkan dengan raja, maka Pak Kaduk berhenti bersorak dan
mula meraung menyesal.
Tidak tertanggung
penyesalan Pak Kaduk kerana bukan saja kalah pertarungan, tetapi kampung tempat
tinggal turut tergadai. Sebelum perlawanan, Pak Kadok telah bersetuju
menjadikan kampung halaman sebagai pertaruhan yang mana jika dia kalah, maka
kampung itu akan jadi milik raja.
Itulah kisah
pengajaran apabila kita menyerahkan hak kita kepada orang lain, dan bersorak
kegembiraan apabila hak milik asal kita itu telah memberi kebaikan kepada pemilik
baru dan pada masa sama kita pula menanggung kerugian.
Orang yang memiliki
hak kita itu pula telah melakukan sesuka hati perbuatan kejam terhadap kita
setelah memiliki hak yang asal milik kita. Kita bukan saja hilang hak, bahkan
menjadi mangsa kepada kealpaan diri sendiri. Apa yang hilang sukar untuk
ditebus kembalik. Menyesal tidak berguna lagi.
Jadi, sementara
kita masih memiliki apa yang selama ini menjadi milik kita, hargai dan
pertahankan hak itu.
Umpamanya kuasa
politik dan pemerintahan yang dimiliki Melayu di negara ini perlu
dipertahankan. Jangan dilepaskan kerana ada orang yang menawarkan sesuatu dianggap
lebih baik dan hebat. Jangan kerana terpengaruh dengan janji-janji manis, kita
sanggup menyerahkan hak yang selama ini kita miliki.
Jadikan pengajaran
kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka untuk dijadikan tauladan. Sekali kalah dan
hilang kuasa, Melayu hilang hak politik dan kuasa selama lebih 446 tahun.
No comments:
Post a Comment