Media
Barat sentiasa menggambarkan umat Islam dalam keadaan negatif. Memang sukar
untuk umat Islam menghapuskan tindakan prejudis Barat terhadap umat Islam
memandangkan kuasa media amat berpengaruh.
Kuasa
media memang sesatu yang luar biasa. Napoleon Bonarparte, pemerintah Peranchis
yang menaiki takhta kuasa pada tahun 1799 pernah berkata: “Saya lebih takut
kepada empat surat khabar di Peranchis daripada empat ribu senjata. Apabila
saya biarkan empat surat khabar itu berleluasa, tentu hanya empat minggu saja
saya sempat menduduki takhta kerajaan.”
Kata-kata
Napoleon itu merujuk kepada pengaruh yang dapat disebarkan melalui bahan
bacaan. Apa-apa saja bahan berita atau maklumat dengan mudah dapat disebar
melalui media yang mampu mempengaruhi pembaca untuk mempercayainya sebagai
sesuatu yang benar.
Penghinaan
yang dilemparkan terhadap umat Islam perlu diselesaikan dengan bijaksana.
Sekarang ini umat Islam sekadar membantah melalui tunjuk perasaan dan menulis
surat bantahan setiap kali ada penghinaan dibuat melalui media terhadap umat
Islam.
Persoalannya,
apakah tindakah itu berkesan? Apa untungnya umat Islam berkumpul membuat
bantahan meninggalkan urusan kerja masing-masing. Anak-anak kecil yang
sepatutnya berada di sekolah dibawa bersama-sama.
Apa
kesannya membakar dan memijak bendera negara yang ditujukan bantahan itu? Manakala
tulisan yang ditulis sebenarnya pula dibaca di kalangan mereka yang menyertai
bantahan saja.
Umat
Islam bermati-matian menunjukkan kemarahan yang belum tentu diberi perhatian
oleh negara itu. Suasana huru hara berlaku di negara umat Islam sedangkan di
negara itu terus aman serta rakyatnya dapat menjalankan tugas harian seperti
biasa.
Negara
Islam memulau barangan negara bukan Islam, tetapi berapa lama? Umat Islam
terpaksa bergantung kepada barangan keluaran negara bukan Islam.
Jadi,
sebenarnya siapa yang untung dalam proses bantahan itu? Sebenarnya umat Islam
diumpamakan seperti seekor anjing garang yang kuat menyalak tetapi berada dalam
kurungan. Tidak ada faedahnya salakan itu bahkan membawa kepada kebencian pihak
lain.
Hakikatnya,
umat Islam kini berada dalam keadaan lemah. Pelbagai tuduhan dilemparkan
terhadap umat Islam yang memberi tekanan secara berterusan. Apabila berlaku
keganasan dan perbuatan melampau di mana-mana bahagian di dunia ini, umat Islam
terus dipersalahkan.
Persepsi
masyarakat dunia terhadap umat Islam sekarang sentiasa dikaitakan dengan
keganasan dan perbuatan melampau. Justeru, sentimen anti Islam semakin meluas. Fobia
Islam dijadikan satu aliran pemikiran baru di Barat dan seluruh dunia.
Hakikat
yang tidak dapat dinafikan sekarang ialah kekuatan umat Islam sekadar
mampu berada dalam fasa defesif, yakni
bertahan dan cuba mencari ruang kekuatan baru. Keupayaan dan ruang bagi umat
Islam melakukan fasa offensif agak terbatas disebabkan kelemahan sistem
pertahanan, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Kekuatan
yang dimiliki umat Islam tidak mampu untuk bertindak offensif. Dengan kedudukan
sekarang, jika dilakukan tindakan offensif bakal mengundang masalah yang lebih
besar kepada umat Islam.
Masyarakat
Barat telah lama memandang Islam sebagai ‘musuh’yang perlu sentiasa diawasi dan
dikenakan tekanan secara berterusan. Barat sedar keupayaan Islam untuk
menguasai dunia seperti yang pernah berlaku pada era kegemilangan Islam
dulu.
Berdasarkan
kepada kajian dan pemerhatian beberapa pihak, umat Islam dijangka mampu
mengambil alih penguasaan dalam percaturan politik, ekonomi dan ketenteraan
pada beberapa dekad akan datang. Hal ini berlaku sekiranya umat Islam bersatu
dan menguasai ilmu.
Justeru,
Barat begitu prejudis terhadap Islam dan seboleh-bolehnya masyarakat Islam
mesti digambarkan melalui sudut yang tidak baik dengan menggunakan media.
Umat
Islam memang tidak mampu menghalang media Barat melaporkan tentang Islam
mengikut kaca mata mereka kerana media Barat dikuasai individu dan pertubuhan
anti Islam. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah umat Islam jangan mudah
terpengaruh dengan apa yang dimuatkan dalam media Barat.
Untuk
mengimbangi kekuatan media Barat, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu
bergabung membentuk kumpulan media sendiri. Sekarang ini, di kalangan negara
Islam lebih bergantung kepada sumber yang disediakan oleh media Barat.
No comments:
Post a Comment