Persengketaan Palestin-Yahudi Israel
bukanlah sesuatu yang baru. Negara Palestin adalah tempat lahir dan tinggal
sebahagian besar para Rasul dan Nabi Allah menyebarkan Islam, kawasan
terletaknya Masjid al-Aqsa, tempat berlakunya Israk dan Mikraj serta kiblat
pertama umat Islam.
Menurut sumber sejarah, bangsa
Yahudi hanya duduk memerintah selama empat kurun sahaja semenjak zaman Nabi Daud,
Nabi Sulaiman dan dijajah pula oleh bangsa Parsi dan Rom selepas itu. Umat
Islam pula telah memerintahnya semula selama 12 kurun semenjak ditadbir oleh
Saidina Umar pada tahun 636 Masihi sehingga diambil alih oleh Kerajaan
Uthmaniah.
Puak Yahudi tidak berputus asa dan
dengan sokongan Britain yang berjanji untuk mewujudkan negara Yahudi di bumi
Palestin, mereka telah mempengaruhi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
untuk mengeluarkan Ketetapan 181 (UNISCOP 1947) pada November 1947. Ketetapan
ini telah membahagikan 55 peratus tanah Palestin kepada pendatang haram Yahudi
dan selebihnya diserah kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Akhirnya Yahudi berjaya menubuhkan
negara Israel secara haram pada 1948 dengan sokongan Britain dan nasionalis
Arab Palestin. Ia bercanggah dengan prinsip PBB sendiri kerana tidak mengambil
kira hak dan suara rakyat Palestin.
Peperangan Arab-Israel yang diakhiri
dengan kekalahan di tangan Arab akibat kelemahan pimpinan politik dan tentera
telah memberi peluang kepada Israel menambah peluasan wilayah mereka kepada 78
peratus wilayah Palestin.
Sesungguhnya sebagai umat Islam dan
manusia yang bertanggungjawab, kita kesal kerana negara Barat yang kononnya
kuat mempertahankan hak-hak asasi manusia, demokrasi dan sebagainya berlepas
tangan apabila berlaku pencabulan hak asasi rakyat Palestin.
Amat sedih apabila terdapat negara
Islam terpaksa bertungkus lumus dan bersusah payah menjawab surat tunjuk sebab
kepada PBB kerana dikatakan melanggar hak asasi manusia, sedangkan PBB sendiri
tidak bertanggungjawab dengan ketetapan sedia ada untuk Palestin atau negara
Islam yang lain.
Tunjuk perasaan dan tindakan
memulaukan barangan Yahudi dan AS mungkin merupakan langkah yang boleh dilakukan
sebagai protes terhadap tindakan mereka, tetapi ia merupakan tindakan jangka
pendek. Persoalannya, adakah umat Islam sendiri telah bersedia untuk memulaukan
barangan dengan mencipta barangan keluaran mereka sendiri?
Oleh itu sebagai strategi jangka masa
panjang, umat Islam perlu berusaha membina kekuatan agar dapat dimanfaatkan
untuk menjaga kemaslahatan umat Islam serta membina pelan tindakan yang
konsisten dan tersusun di mana kesemua negara Islam terlibat sama.
Dalam melakukan proses tersebut, umat
Islam seharusnya meningkatkan ilmu duniawi, dan dalam pada masa yang sama harus
berusaha meningkatkan kefahaman terhadap iman dan akhlak.
Setiap muslim bukan sahaja berusaha
untuk dirinya, tetapi juga untuk keperluan umat Islam dengan sentiasa istiqamah
dalam menambah pengetahuan dan kemahiran. Justeru, tidak kira apa bidang yang
diceburi, usaha itu satu sumbangan kepada kemajuan umat Islam dan membina
kekuatan yang diharapkan.
Perbezaan antara orang Islam dengan
Yahudi ialah mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi. Walaupun tanpa
sokongan alat ketenteraan yang besar dan kuat, mereka mempunyai semangat juang
yang sangat tinggi untuk mengembalikan hak mereka.
Tentera Israel berani melakukan
kezaliman terhadap penduduk Palestin kerana banyak bergantung kepada
kelengkapan tentera dan mendapat sokongan kuasa-kuasa besar.
Justeru, inilah masanya umat Islam
bersatu dan berusaha untuk membina kekuatan sendiri. Umat Islam wajib bersatu
padu mempertahankan Islam dan tidak bergantung harap bantuan orang bukan Islam
untuk menyelamatkan maruah Islam.
Israel akan pasti terus berusaha
untuk mengusir rakyat Palestin dan menguasai sepenuhnya negara Palestin. Di
negara lain, umat Islam juga terhina di bumi sendiri. Sikap tidak peduli umat
Islam tentang persoalan akidah, ibadah, syariat dan akhlak akan menjerumuskan
umat Islam di bawah telunjuk Yahudi dan pakatan mereka.
Umat Islam di seluruh dunia
berjumlah 1.5 bilion, manakala penduduk Yahudi hanya 6 juta sahaja. Apa yang
menjadi isu ialah kekuatan tentera Israel dan dasar peluasan wilayahnya
menyebabkan negara Arab sekitarnya berdiam diri kecuali kumpulan jihad Islam
yang berani menembusi kekebalan Israel.
Perang fi sabilillah di Palestin adalah untuk mempertahankan hak Allah
SWT dan umat Islam. Kumpulan jihad ini dibentuk oleh orang-orang yang beriman
dan berjuang atas dasar mematuhi perintah dan ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh
itu, mereka melakukan jihad yang berterusan dan inilah yang sedang berlaku di
Gaza dan beberapa kawasan di Palestin.
Pertembungan rejim Zionis dengan
kumpulan jihad, diibaratkan sebagai pertemuan buku dengan ruas kerana kumpulan
jihad sebenarnya tidak takut mati. Rejim Zionis pula adalah puak yang takut
mati.
Keganasan Israel berkait rapat
dengan tabiat buruk Bani Israel. Dalam al-Quran disebutkan bahawa mereka
bertabiat angkuh, suka mempersenda para Nabi, sangat tamak, suka menyalahi
janji, suka berbohong, bersifat melampau, suka melakukan kerosakan di laut dan
di darat, kufur nikmat, suka menyalahi janji dan mencampur adukkan yang hak
dengan yang batil.
Tabiat buruk ini menjadi satu
kebanggaan kepada mereka walaupun tinggi ilmu pengetahuan dan hidup lebih
moden. Ketinggian semangat jihad dan kekuatan pertahanan memberi kesan yang
besar dalam membantu kejayaan jihad dengan berkesan. Oleh itu, dalam usaha
memperkuatkan jihad dengan berkesan, maka langkah berikut perlu diberi
perhatian.
Antaranya melakukan perancangan
strategik dalam menguatkan sistem pertahanan negara-negara Islam; membangunkan
industri ketenteraan dan pertahanan serta tidak bergantung kepada bekalan
senjata daripada negara Barat; mewujudkan pakatan tentera di kalangan negara
Islam; menubuhkan pusat-pusat sukarelawan Islam dan tabung jihad yang
berterusan bagi membantu umat Islam yang ditindas.
Seterusnya tidak membenarkan
pangkalan tentera asing dibina di negara Islam kerana sering digunakan sebagai
pusat risikan.
No comments:
Post a Comment