Sunday, 26 August 2018

Buaian di puncak gunung

Sikap manusia tidak terjangkal fikiran biasa kebanyakan orang. Ketika kebanyakan orang takut berada di tempat tinggi, ada manusia yang mencari kelainan tidur di atas buaian yang terentang antara dua puncak gunung dengan ketinggian beribu meter

Sikap manusia yang ingin kelainan dalam hidup dan dipandang pelik di mata manusia lain, serta mencabar kebolehan serta keberanian diri akan melakukan apa sahaja demi untuk mencapai kepuasan tersendiri.

Inilah dilakukan sekumpulan manusia yang sanggup tidur tergantung di atas ribuan meter antara pengunungan Alps, Itali Utara. Kononnya, apa yang dilakukan itu memberikan pengalaman unik sekaligus ekstrem.

Aktiviti itu dilakukan oleh sekumpulan penggemar aktiviti lasak yang berkumpul setiap tahun untuk mengadakan perkhemahan selama seminggu. Mereka sengaja berbuat demikian untuk memacu adrenaline mereka.

Bagi mereka, tidur tergantung di atas Alps merupakan salah bentuk kelainan mencari ketenangan dan menghilangkan kepenatan yang melanda mereka sehari-hari.

Dengan tali yang tergantung dari beberapa sisi, tempat tidur berwarna-warni menggantung dengan nyaman. Untuk mencapai tempat tidur gantung tersebut, mereka harus melalui satu tali panjang yang tentunya menggunakan tali keselamatan diikat pada badan mereka.

Mereka sebenarnya melakukan aktiviti lain di puncak gunung, tetapi apabila ingin berehat dan tidur, mereka akan berada di atas buaian.

No comments:

Post a Comment