Berkunjung ke Cameron Highland tidak
sah jika tidak memerhatikan keindahan pokok kaktus yang berwarna warni yang
dijual di beberap tempat tumpuan pengunjung. Kalaupun tidak membelinya, melihatnya
pun sudah satu kepuasan.
Di Cameron Highland terdapat banyak
jenis kaktus yang tidak terdapat di tempat lain. Jadi, ketika berada di Cameron
Highlands cubalah ambil kesempatan untuk melihat jenis-jenis kaktus itu. Setiap
jenis kaktus mempunyai keunikan tersendiri.
Tidak ramai yang menggemari kaktus kerana hampir seluruh batangnya dipenuhi duri tetapi kaktus memiliki keistimewaan untuk dijadikan salah satu perhiasan landskap sama ada di rumah mahupun di pejabat.
Pokok kaktus di Cameron Highland memberi
inspirasi kepada pengunjung untuk memulakan hobi berjinak-jinak dengan tumbuhan
ini atau menambah koleksi sedia ada.
Harga kaktus yang dijual juga berpatutan iaitu serendah RM2 bagi saiz kecil. Sebagai permulaan, pengunjung boleh mencuba saiz kecil terlebih dahulu kerana menjaga kaktus bukan semudah yang dijangka.Tetapi bagi pengumpul koleksi tumbuhan ini, sudah pasti mereka sudah bijak untuk memilih yang mana menjadi pilihan mereka.
Harga kaktus yang dijual juga berpatutan iaitu serendah RM2 bagi saiz kecil. Sebagai permulaan, pengunjung boleh mencuba saiz kecil terlebih dahulu kerana menjaga kaktus bukan semudah yang dijangka.Tetapi bagi pengumpul koleksi tumbuhan ini, sudah pasti mereka sudah bijak untuk memilih yang mana menjadi pilihan mereka.
Di Cameron Highlands terdapat banyak
kaktus yang berkualiti dan pelbagai jenis. Kaktus di Cameron Highland mempunyai
banyak pilihan. Ada macam-macam jenis kaktus yang boleh dibeli di sini. Saiz
pun boleh dipilih nak besar mana, dari kecil sampai yang terbesar.
Biasanya yang kecil mendapat
permintaan lebih banyak kerana mudah dibawa balik dan harganya lebih murah.
Yang kecil biasanya nampak lebih cantik dan kena pada pasu atau bekas kecil
tempat ditanam.
Harga yang ditawarkan agak murah. Kaktus
di Cameron Highland ada yang dijual dengan harga serendah dua ringgit sahaja
untuk sepokok. Paling menarik, jika beli banyak, boleh tawar menawar.
Macam-macam jenis boleh dipilih untuk melengkapkan koleksi.
Pokok kaktus dibeli di Cameron
Highland sesuai hidup di kawasan lebih panas berbanding di situ. Tapi mestilah
kena pandai jaga. Sebelum membeli, pastikan tanya kepada penjual macam mana nak
jaga pokok kaktus itu. Lain jenis kaktus, lain cara untuk menjaganya.
No comments:
Post a Comment