Monday, 17 September 2018

SEJARAH PUTERI SAADONG DI BUKIT MARAK

Bukit Marak terletak 12.8 kilometer dari Kota Bharu ke arah timur dan 19.2 kilometer dari bandar Bachok. Ketinggian Bukit Marak adalah lebih kurang 114 meter.

Pandangan dari puncaknya indah dengan perkampungan penduduk Melayu dan Siam serta dapat dilihat sehingga ke bandar Bachok dengan latar belakang Laut China Selatan.

Bukit Marak merupakan sebuah bukit yang terkenal kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Kelantan. Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja pemerintah Kelantan, diketakan pernah bersemayam di Bukit Marak sekitar abad ke 17 masihi.

Antara kesan tinggalan yang membuktikan keberadaan Puteri Saadong di Bukit Marak adalah seperti Batu Gajah, Batu Pengasah, Batu Apal, Batu Kepala Ular, Batu Gendang, Batu Belah dan Tapak Kaki Awang Selamat.

Puteri Saadong bersemayam di Bukit Marak selepas berpindah dari Kota Mahligai. Peristiwa itu berlaku setelah Raja Abdullah, suami baginda mangkat akibat satu tragedi tertusuk cucuk sanggul.

Setelah tinggal beberapa ketika di Bukit Marah, Puteri Saadong dikatakan berpindah pula ke Gunung Reng di Jeli. 

No comments:

Post a Comment