Salah satu lokasi kembara berjalan kaki (hiking) santai di jajahan Bachok ialah Bukit Marak. Bukit Marak dikaitkan dengan sejarah Puteri Saadong.
Bukit
Marak terletak dalam daerah Bekelam, Bachok iaitu 12.8 kilometer dari Kota
Bharu ke arah timur dan 19.2 kilometer dari bandar Bachok. Ketinggian Bukit
Marak adalah lebih kurang 114 meter.
Pandangan
dari puncaknya indah dengan perkampungan penduduk Melayu dan Siam serta dapat
dilihat sehingga ke bandar Bachok dengan latar belakang Laut China Selatan.
Hiking Bukit Marak tidak sukar kerana sudah ada laluan atau trek yang 'bersih' dan
mampu dilalui dengan mudah termasuk di kalangan kanak-kanak.
Untuk sampai di
tempat permulaan hiking, pengunjung perlu melalui jalan menuju ke Bekelam
(bagi pengguna Jalan Bukit Marak).
Di hujung kawasan kubur itu terdapat kawasan lapang untuk diletakkan kenderaan. Ada papan tanda diletakkan di situ yang menandakan kawasan permulaan untuk pendakian atau hiking.
Seperti
dinyatakan tadi, untuk mendaki Bukit Marak tidak sukar. Kalau mendaki pada hari
cuti, anda akan dapat mendaki bersama-sama pendaki lain.
Ada orang yang
menjadikan aktiviti pendakian Bukit Marak sebagai aktiviti mingguan atau
dilakukan secara berkala.
Tidak
perlu diadakan persediaan fizikal atau peralatan khas. Ada yang mendaki Bukit
Marak sekadar dengan berselipar dan berkain sarung. Malah tidak sukar untuk
mendukung anak untuk turut naik ke atas Bukit Marak.
Bagi
mereka yang mempunyai kekuatan fizikal dan mampu berjalan terus, masa untuk
sampai di puncak hanya sekitar 15 minit. Namun, dengan berjalan santai, masa 30
minit diperlukan. Kalau yang mudah pancit atau berjalan 'setapak demi setapak',
paling lama masa diambil ialah 45 minit.
Maksud
puncak Bukit Marak ialah kawasan agak luas di atas yang layak dipanggil kompleks
tinggalan sejarah.
Di kawasan itu pengunjung akan menemui beberapa 'tempat'
yang mempunyai sejarah atau identiti sendiri seperti Batu Gajah, Batu Pengasah,
Batu Apal, Batu Kepala Ular, Batu Gendang, Batu Belah dan Tapak Kaki Awang
Selamat.
Pengunjung
perlu berpusing-pusing di kawasan itu untuk mengunjungi ke semua tempat itu
yang berada merata. Tidak sukar untuk mencarinya kerana telah ada laluan yang
mudah 'dikesan' untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Setiap
tempat ada papan tanda untuk kemudahan pengunjung mengetahui setiap objek itu
dan kaitannya.
Jom mendaki atau rukah Bukit Marak. Lakukan secara santai dan
kekuatan fizikal yang sederhana. Anda pasti berasa puas dan ingin mendaki lagi
sebagai tempat santai dan mencabar sedikit kekuat fizikal.
No comments:
Post a Comment