Tuesday, 9 October 2018

PASAR KOTA JEMBAL BEROPERASI HANYA JUMAAT

Pasar Kota Jembal dibina di kawasan yang selesa dan lengkap kemudahan untuk menjalankan perniagaan. Namun, Pasar Kota Jembal yang dahulunya dikenali Kedai Lalat hanya beroperasi atau menjadi tumpuan pada hari Jumaat sahaja.

Perniagaan hanya pada hari tertentu memang perkara biasa diadakan di kawasan tertentu yang kurang kemudahan. Peniaga hanya berniaga di tepi jalan atau kawasan lapang yang dijadikan pasar pada hari tertentu. Biasanya kedai sedemikian dipanggi kedai nat atau pasar minggu.

Tetapi, Pasar Kota Jembal sebenar lengkap dan sesuai untuk dijadikan pasar setiap hari. Rugi apabila ia hanya digunakan sekali seminggu sahaja iaitu pada hari Jumaat.

Pihak berkuasa perlu memikirkan bagaimana Pasar Kota Jembal boleh beroperasi setiap hari. Kalau tidak sepanjang hari, mungkin boleh dijadikan pasar pagi atau pasar petang yang diadakan setiap hari.

Hanya hari Jumaat, pasar ini menjadi tumpuan pembeli bermula jam tujuh pagi hingga 1.00 tengahari. Pada masa itu, Pasar Kota Jembal memang penuh sesak dengan penjual dan pembeli. Barang keperluan harian dan ikan segar menjadi produk pilihan pembeli setiap Jumaat di situ.

No comments:

Post a Comment