Tuesday, 9 October 2018

PERBEZAAN WALIT DENGAN BURUNG LAYANG-LAYANG

Tahukah anda burung yang dikaitkan dengan sarang burung yang berharga mahal itu sebenarnya bernama burung walit (swiftlet) dan bukan burung layang-layang (swallow). Namun, di kalangan rakyat Malaysia, fahaman mereka bahawa walit adalah burung layang-layang. Maka, secara umumnya, apabila disebut sarang burung layang-layang, ia sebenarnya merujuk kepada sarang burung walit.

Sebenarnya, terdapat perbezaan ketara antara burung layang-layang (swallow) dengan burung walit (swiftlet). Dalam maksud komersial, sarang burung layang-layang sebenarnya tiada harga. Yang bernilai mahal adalah berbeza dengan burung walit.

Ciri-ciri perbezaan antara burung layang-layang (swallow) dengan burung walit (swiftlet) ialah:

Burung Layang-layang (swallow)
- Suka bertenggek di ranting pokok atau wayar telefon dengan banyak dan bising sekali
- Burung layang-layang adalah jenis burung migrasi - iaitu berpindah randah mengikut musim tertentu
- Sarangnya diperbuat dari lumpur atau ranting kayu
- Membuat sarang dan tinggal di kawasan yang terang / terbuka - contohnya di siling kaki lima kedai

Burung Walit (swiftlet)
- Tidak hinggap di mana-mana kecuali di sarangnya.
- Spesis burung bukan migrasi - menetap di suatu tempat sehingga akhir hayat kecuali ada ancaman atau gangguan.
- Membina sarang menggunakan lendir lelangitnya / air liur.
- Membuat sarang dan tinggal di tempat yang berkelembapan tinggi dan suasana yang gelap / suram / kelam - contohnya di gua-gua.

Jadi, jika menjumpai sarang burung yang terletak di tepi rumah atau di mana-mana tempat terbuka yang dibuat oleh burung layang-layang, tidak perlulah berasa bertuah mendapat sarang burung yang bernilai tinggi.  

Walit adalah burung yang terbang pantas, menyambar serangga di udara sebagai makanannya. Memiliki kaki yang tidak berupaya di tanah dan di pohon, tetapi mempunyai kuku yang kuat untuk mencengkam. 

Burung ini hanya berukuran panjang maksimun 13 cm dan terkecil 7.5 cm ini hidup di dalam kelompok yang besar dan membiak di kawansan-kawasa yang berkeadaan dan beriklim seperti di gua. Ia membuat sarang-rang di celah-celah batu dinding dan atap gua.

Sarang burung walit dihasilkan daripada kelenjar liur yang mengeluarkan lendir dan menjadi keras apabila terdedah kepada udara. Burung walit jantan dan betina bersama-sama membina sarang mereka. Wlit ini selalu balik ke sarang dan sentiasa sentiasa berterebangan dan hanya hinggap untuk bertenggek di sarang masing-masing. 

Khasiat sarang burung walit ini terbukti dari dulu lagi. Ia mampu melancarkan fungsi paru-paru, melancarkan perjalanan darah, menambah daya tahan tubuh badan. Meningkatkan kekuatan jantung dan banyak lagi kebaikan kepada kesihatan manusia.

Disebabkan khasiat dan nilai perubatan yang tinggi maka sarang burung walit telah menjadi suatu yang amat berharga dan mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.

Harga sarang burung walit di pasaran mencecah RM2,500 hingga RM5,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan mengikut gred dan nilainya akan meningkat sekali ganda apabila memsuki pasaran antarabangsa.

Selain mendapatinya secara semula jadi, sekarang ini terdapat industri 'menternak' burung walit iaitu menyediakan kemudahan, tempat, bangunan dan teknologi serta kepakaran pengurusan daripada mula hingga ke peringkat memasar hasil burung .

Masa berubah, burung walit yang biasa tinggal di gua telah berhijrah ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya.

Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubah suai untuk perladangan burung walit. Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua, terutamanya gelap dan lembab.

Antara ubah suai utama yang dilakukan ialah penutupan pintu dan tingkap, pembinaan lubang pengudaraan, penyediaan pintu masuk, penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan, sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu, serta memasang sistem audio. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju ke arah sumber suara.

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux.

Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung walit bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan ruang legar kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya.

Bilik rehat perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.

No comments:

Post a Comment