Nama
Pantai Bisikan Bayu juga dikenali Pantai Semerak dan Pantai Dalam Rhu sudah
lama terkenal di Kelantan. Pantai yang terkenal dengan keindahan pantai dan
suasana damai itu menjadi tumpuan pengunjung dari Kelantan dan Terengganu pada
setiap hujung minggu dan cuti umum.
Pantai Bisikan Bayu merupakan satu
produk pelancongan yang paling awal dibangunkan di Pasir Puteh. Lokasinya
terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 kilometer dari bandar Pasir Puteh dan
hanya tiga kilometer dari Pekan Cherang Ruku.
Manakala jarak dengan sempadan
Kelantan Terengganu adalah kira-kira dua kilometer dan empat kilometer dari
pusat pekan Kuala Besut. Jarak dari Kota Bharu pula kira-kira 50 kilometer.
Di kawasan pantai ini, disediakan
surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat sebuah
chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di
sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.
Nama Pantai Bisikan Bayu mendapat namanya dari
bunyi angin laut yang lembut seakan berbisik apabila bergesek dengan dedaun
pohon ru.
Selain tertarik dengan kecantikan
pantainya, Pantai Bisikan Bayu semakin terkenal di Kelantan kerana hasil
pembangunan yang dibawa melalui Projek Kemasin Semerak yang telah banyak
mengubah landskap di kawasan daerah Pasir Putih dan Bachok. Kemudahan jalan
raya, jambatan dan projek pembangunan lain turut menyokong aktiviti pelancongan
di kawasan berkenaan.
Kemudahan jalan raya memudahkan
pengunjung datang ke sesuatu tempat. Dahulu pengunjung ke Pantai Bisikan Bayu hanya boleh menggunakan jalan
raya Pasir Putih - Kuala Besut yang agak sempit dan mengambil jarak jauh.
Bagaimanapun, setelah jalan baharu Tok
Bali - Kuala Besut siap dibina, pengunjung dapat menggunakan untuk ke Pantai
Bisikan Bayu dengan lebih selesa.
Jalan raya Tok Bali - Kuala Besut
kini telah menjadi laluan utama penduduk Kota Bharu dan Bachok yang hendak ke
Besut dan daerah lain di Terengganu. Ini secara langsung juga menjadikan Pantai
Bisikan Bayu semakin lekat di hati penduduk Kelantan dan Terengganu.
Tambahan pula, Pantai Bisikan Bayu
semakin menarik dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengunjung berbanding
sebelumnya. Pembinaan jalan raya yang merentasi Sungai Semerak telah membentuk
lagun yang menarik. Selain itu, tempat menarik lebih luas dan banyak pilihan.
Pengunjung boleh memilih sama ada
menikmati pemandangan dan melakukan aktiviti di laut, atau berada di tepi legun
yang damai dan suasana hijau mata memandang yang dihiasi pokok ru.
No comments:
Post a Comment