Jalan
Pantai Cahaya Bulan atau dahulunya dikenali Jalan Cinta Berahi atau Jalan PCB
adalah Jalan Persekutuan 223. Sebelum itu Jalan Pantai Cahaya Bulan
dikategorikan Jalan Negeri D 1.
Permulaan
Jalan Pantai Cahaya Bulan dikira dari Bulatan Gok Kapur sehinggalah ke tepi
Pantai Cahaya Bulan. Jarak keseluruhan Jalan Pantai Cahaya Bulan ialah 10.5
kilometer.
Antara
kampung yang dilalui Jalan Pantai Cahaya Bulan ialah Kampung Penambang, Kampung
Redang, Kampung Tikat, Kampung Banggol, Kampung Tok Betek, Kampung Buluh,
Kampung Kijang, Kampung Padang Pasir Luas dan Kampung Semut Api.
Jalan Pantai Cahaya Bulan menjadi laluan utama pelancong untuk ke beberapa lokasi pelancongan terkenal di Kelantan seperti Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pasar Terapung Sri Tanjung, Pantai Mek Mas, perkampungan songket, bengkel wau sobek, tempat membuat batik dan Pantai Kundur.
Jalan Pantai Cahaya Bulan merupakan antara lokasi paling kerap mengalami penutupan jalan setiap kali musim banjir. Pada satu ketika dahulu, Jalan Pantai Cahaya Bulan adalah jalan terawal ditutup setiap kali banjir. Para wartawan akan segera meninjau Jalan Pantai Cahaya Bulan untuk laporan jalan dinaiki air.
Bagaimanapun, sekarang ini beberapa tempat telah ditinggikan untuk mengurangkan kesan terlibat banjir. Namun, ia tidak bermakna terlepas daripada banjir sepenuhnya.
Jalan Pantai Cahaya Bulan masih ditengelami air setiap kali banjir, hanya tidak seteruk sebelumnya. Antara lokasi paling awal ditenggelami air ialah di Kampung Tikat dan Kampung Redang, selain di Kampung Kijang.

Poskod
Jalan Pantai Cahaya Bulan ialah 15350 Kota Bharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment