Ikan
segar menjadi pilihan surirumah. Mereka sanggup memandu jauh semata-mata untuk
mendapatkan bekalan ikan segar. Satu lokasi membeli ikan segar terkenal di Kota
Bharu ialah pasar sehari atau pasar nat di Kota Jembal atau Kedai Lalat.
Kota
Jembal sebuah pekan terletak kira-kira 8 kilometer dari Kota Bharu. Kota Jembal
menjadi tumpuan penduduk sekitar Kota Bharu, Kubang Krian, Pengkalan Chepa dan
Bachok untuk membeli keperluan harian pada setiap pagi Jumaat, termasuk ikan
segar.
Pasar
di Kota Jembal hanya mendapat sambutan pada pagi Jumaat. Beratus peniaga
berniaga di kawasan yang dikhususkan sama ada di petak bangunan tetap ataupun
gerai mudah alih. Salah satu sudut dikhususkan untuk peniaga ikan basah atau
ikan segar.
Peniaga
ikan segar di pasar Kota Jembal menawarkan pelbagai jenis ikan segar, sotong,
udang, ketam dan hidupan bercengkeram seperti lala, tijah dan kerang. Ikan
dijual bukan sahaja segar, bahkan lebih murah berbanding tempat lain. Sebab itu
ramai pembeli sanggup datang dari tempat yang jauh semata-mata ingin mendapat
ikan segar dengan harga lebih murah.
Memandangan
peniaga ikan hanya berniaga di pasar Kota Jembal pada pagi Jumaat sahaja, maka
mereka akan berusaha untuk menghabiskan bekalan ikan dijual pada hari itu juga.
Situasi
itu menyebabkan mereka akan melelong ikan dan hasil jualan lain dengan harga
lebih murah apabila waktu telah melebihi pukul 12.00 tengah hari. Peniaga akan
menutup peniagaan pada kira-kira pukul 1.00 tengah hari untuk pergi menunaikan
sembahyang Jumaat. Pasar mula beroperasi kira-kira pukul 08.00 pagi.
No comments:
Post a Comment