Di Jalan Sultan, Kota Bharu, berhampiran
Masjid Muhammadi Kota Bharu di sebelah matahari terbenam terdapat sebuah
bangunan bersejarah. Bangunan tersebut kini dikenali Muzium Islam Kelantan. Bangunan
unik itu pernah menjadi milik Menteri Besar Kelantan, Hassan Muhd Salleh ketika
mula dibina pada tahun 1902. Bahan binaannya terdiri kayu cengal terpilih
manakala atap diperbuat bata diperolehi dari Senggora di Selatan Thailand.
Bangunan tersebut dianggap tercantik
pada zamannya sering dijadikan tempat meraikan tetamu negeri seperti Maharaja
Chulalongkon dari Thailand. Ketika itu Kelantan masih di bawah naungan
Thailand.
Bagaimanapun, pada tahun 1917
bangunan itu kemudian menjadi milik MAIK untuk dijadikan pejabat dan
menjalankan aktiviti pendidikan agama serta aktiviti lain demi kepentingan
rakyat dan penyebaran agama Islam.
MAIK ditubuhkan pada 24 Disember
1915 amat memerlukan bangunan bagi menempatkan pejabat dan melakukan aktiviti
berkaitan fungsinya. Ia dibeli dengan harga RM15,00 menggunakan wang kutipan
zakat.
Bertitik dari situlah di bangunan
tersebut semakin terkanal dan berjasa. Banyak aktiviti dilakukan di banguan itu
demi kepentingan agama dan bangsa Melayu. Di situ sering dijadikan medan para
cerdikawan Islam bertemu berbincang, bermusyarat, berpidato dan sebagainya.
Tingkat atas bangunan dua tingkat
itu dijadikan pejabat MAIK. Manakala di tingkat bawah dijadikan kelas Madrasah
Muhammadiah sehinggalah kelas tersebut berpindah ke tempat lain pada tahun
1956.
MAIK menduduki bangunan tersebut
sebagai pejabat pentadbiran selama 72 tahun sebelum berpindah ke bangunan baru
di Kompleks Balai Islam di Lundang pada 16 Febuari 1990.
Sehingga sekarang bangunan tersebut
masih mengekalkan keaslian seperti ketika mula dibina dahulu. Kayu cengal yang
digunakan masih elok dan tahan. Hanya sedikit bahagian yang rosak diperbaiki
dari masa ke semasa mengikut keperluan tanpa mengubah rekabentuk asal.
Bangunan tersebut sesuai dilawati
bagi mereka ingin menyelami senireka Melayu Islam yang unik dan menyimpan makna
yang tersirat dan tersurat. Untuk melawat bangunan tersebut tidak sukar kerana
terletak berhampiran Masjid Muhammadi yang menjadi tumpuan umat Islam.
No comments:
Post a Comment