Tuesday, 16 October 2018

CARA BILANG ULAS MANGGIS


Teka bilangan isi buah manggis atau dalam dialek Kelantan dipanggil buah seto memang menarik. Isi atau ulas isi buah manggis memang tidak boleh dilihat dari luar.

Bagi orang tidak tahu cara, tentu akan teruja jika ada orang memberi bilangan tepat ulas isi bagi setiap buah yang dikopek atau dibuka.

Sebenarnya, amat mudah untuk mengira ulas buah manggis atau seto ini. Dari luar lagi kita dapat tahu. Petua atau caranya ialah dengan membilang tampuk.

Orang kata, buah manggis adalah buah yang paling jujur di atas dunia ini. Buah manggis tidak pernah menipu manusia tentang isi di dalamnya.

Bilangan ulas isi buah manggis salah sama dengan bilangan tampuk yang terletak di bahagian bawahhnya.  

Untuk memilih buah manggis yang elok, pilih yang mempunyai bilangan tampuk yang banyak kerana ulas isinya kecil. Bijinya kecil dan lebih sedap dimakan.

Kalau anda membeli longgokan manggis yang telah dipilih oleh orang lain, biasanya yang tertinggal adalah yang mempunyai tampuk kurang. Melainkan, orang yang memilih sebelum itu tidak tahu petua mengenai bilangan ulas isi manggis berdasarkan bilangan tampuknya.  

No comments:

Post a Comment