Pegaga kaya khasiat dan kebaikan jika diamalkan sebagai menu
harian. Pegaga membei manfaat untuk kesihatan dalaman dan kecantikan. Ulam
pegaga herba daun hijau berbentuk kipas, kini mendapat perhatian masyarakat
Barat disebabkan kebaikan yang hebat. Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang
murah, berkesan, selamat dan mudah.
Pegaga mudah tumbuh ditempat lembab. Terdapat jenis pegaga yang tumbuh di tempat berair. Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam, direbus atau dikisar menjadi minuman. Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di
kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah
diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.
Amalan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan.
Amalan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan.
Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
Bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepat proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.
Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
Istimewanya, ia mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.
Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.
Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya.
Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.
Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkatkan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.
Ada pengamal pegaga yakin bahawa mereka akan
beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga
dalam makanan harian mereka.
Kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu
tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini
kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan
keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.
No comments:
Post a Comment