Kes kematian berlaku akibat
perbuatan tidur di dalam kereta kerap kali berlaku. Kenyataan itu tentu pelik
kerana ramai berfikir ramai orang tidur dalam kereta tetapi tidak mengalami
kejadian itu, melainkan sekadar sakit belakang atau tengkok sahaja.
Kes kematian tidur dalam
kereta sebenarnya telah banyak kali berlaku. Negara pernah digegarkan dengan
kematian lima beranak di dalam kereta ketika mereka tidur di dalamnya.
Kes kematian tidur di dalam
kereta ini berbeza dengan kematian yang disebabkan lemas kurang oksigen dan kepanasan.
Sebaliknya, kes ini ialah kerana 'selesa' tidur dalam keadaan berhawa dingin
dengan keadaan enjin yang tidak dimatikan.
Kejadian yang membawa
kepada kematian berlaku sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta,
kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan.
Ini kerana, pengumpulan
karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan
menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
Peningkatan tahap karbon
monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini
mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan
kematian secara tiba-tiba (sudden death).
Walaupun dengan tingkap
dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan
oksigen dalam darah. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam
badan selepas satu jangka masa. Keadaan itu akan menyebabkan fungsi organ
terhenti dan seterusnya menyebabkan kematian.
Maka timbul persoalan, kenapa
kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah.
Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran.
Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup
penghawa dingin dan membuka tingkap.
Bahkan, jika dirasakan
tidak selesa berterusan dan keadaan letih, kita akan berhenti daripada memandu
dan akan keluar dari kereta. Maka, sebab itu tahap kesan kekurangan oksigen tidak berterusan.
Untuk mengekak kejadian
lemas dan mati dalam kenderaan, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu
berehat semasa memandu jauh dan perlu tidur dalam kereta, matikan enjin dan
biarkan cermin terbuka. Lebih baik jika cari tempat lain yang lebih sesuai
untuk dijadikan tempat rehat atau tidur.
No comments:
Post a Comment