Pertanian adalah sektor penting yang perlu dikembangkan dan
terus dipertahankan biarpun negara telah mencapai status negara maju. Sektor
atau aktiviti pertanian menyediakan sumber makanan yang diperlukan manusia.
Aktiviti bertani dan menternak adalah aktiviti ekonomi paling awal diceburi
manusia.
Banyak ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman
dan buah-buahan yang pelbagai menunjukkan betapa pentingnya bidang pertanian
pada pandangan Islam.
Allah SWT berfirman dalam surah al Anaam ayat 99 yang
bermaksud: “Dan Dialah yang menurunkan
hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis
tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau,
Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buan) yang
bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami
keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami
jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta delima, yang bersamaan
(bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada
buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang
beriman.”
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat)
ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ).
Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut
dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu
bersyukur?”
(Surah Yasin, ayat 34-35)
(Surah Yasin, ayat 34-35)
Bidang
pertanian, terutama yang mengeluarkan hasil makan ruji seperti beras perlu
dilihat dari aspek keselamatan negara.
Sebab
itu, negara kaya dan maju terus mengeluarkan sendiri sumber makanan biarpun
sebenarnya adalah lebih menguntungkan jika negara berkenaan mengimport bekalan
makanan itu dari luar negara.
Negara
maju belum tentu selamat dan dapat menyediakan bekalan makanan yang mencukupi
kepada rakyatnya jika berlaku peperangan, bencana dan ancaman penyakit
sekiranya tidak mempunyai bekalan makanan dikeluarkan sendiri di dalam negara.
Keperitan
dan kesengsaraan rakyat pada zaman penjajahan Jepun bukan saja tertumpu kepada
layanan buruk tentera Jepun, tetapi turut menjadi isu utama ialah kekurangan
bekalan makanan.
Justeru,
bidang pertanian pada bila-bila masa perlu diberi keutamaan. Pengeluaran hasil makanan yang mencukupi
untuk keperluan rakyat perlu dijadikan agenda utama negara.
No comments:
Post a Comment