Hidup ini mengikut apa yang kita
fikirkan. Banyak perkara akan berubah mengikut apa yang kita fikirkan. Jika
kita yakin pada apa yang dilakukan, maka itulah yang akan berlaku atau
diperoleh. Sebaliknya, jika kita rasa ragu dan tiada keyakinan, maka kegagalan
akan lebih mudah berlaku.
Sebab itu itu, kita perlu berfikiran
positif untuk membuahkan hasil yang diharapkan. Fikirkan boleh, insya Allah ia
akan menjadi kenyataan.
Dalam membicarakan tentang positif
atau negatif, ia banyak bergantung kepada minda kita sendiri. Minda akan
memproses apa yang dilihat atau didengar, selain input-input lain.
Kali ini mari kita memahami tentang
minda kita tentang apa yang kita lihat. Pertama, cuba tengok gambar di atas.
Sekali pandang majoriti kita akan mengatakan semua pinggan itu terbalik atau
terlengkup.
Namun, apabila diamati atau dilihat
secara teliti, kita akan melihat dua atau tiga pinggan sebenarnya dalam keadaan
terbuka. Selepas melihat pinggan yang terbuka itu, maka kita akan melihat semua
pinggan itu sebenarnya terbuka. Susah hendak percaya kan?
Itulah minda kita ketika melihat
sesuatu. Jangan mudah membuat keputusan dalam zon negatif. Sebaliknya, setiap
apa yang dihadapi hendaklah dianggap sentiasa dalam sudut pandang positif.
Memang tidak dinafikan dalam realiti sebenar kita akan berdepan berbagai
masalah, namun ia perlu dihadapi dengan fikiran positif.
Setiap perkara yang berlaku ada
hikmahnya. Jika kita melatih diri dan minda untuk melihat dari sudut positif,
maka seluruh tumpuan minda dan rohani kita akan beralih kepada keputusan yang
lebih baik.
Dalam berusaha jangan kita lupa untuk berdoa mengharap pertolongan
Allah. Kita hanya mampu berusaha, sedangkan segala apa yang terjadi ditentukan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment