Jenis pakaian memang banyak, terutama yang digayakan oleh
wanita. Kita biasa mendengar pelbagai jenis baju kurung, kebaya, blouse, jubah
dan sebagainya.
Kini satu lagi jenis pakaian diminati wanita muda ialah tunic
atau tunik (dalam Kamus Dewan belum tersenarai perkataan tunik - namun dalam
carian istilah ada menjelaskan mengenai perkataan tunik).
Tunik yang longgar di hadapan dan berpesak di belakang,
berlengan, berlambang dan bersulam di belakangnya. Pakaian bentara semasa
upacara pertandingan atau perlawanan pahlawan-pahlawan Barat pada abad ke-13
hingga ke-16. Mantel pendek yang dibuat daripada fabrik tebal dan kasar yang
dipakai di luar rumah oleh lelaki dan wanita pada abad ke-19.
Tunik atau dalam bahasa Inggeris dieja tunic adalah pakaian
adalah pakaian longgar yang menutupi dada, bahu dan punggung. Baju ini sama ada berlengan
atau tanpa lengan, dan panjangnya sampai di punggung atau hingga di atas lutut.
Pada
zaman sekarang, tunik yang panjangnya hanya di sampai punggung sering dipakai
wanita sebagai blouse longgar untuk pakaian santai. Dalam masyarakat
Barat, khususnya ahli agama wanita akan mengenakan tunik yang panjangnya sampai
di penggelangan buku lali untuk acara keagamaan.
Asal
usul tunik adalah pakaian yang disebut tunica. Pakaian ini
dikenakan orang Yunani Kuno dan pahlawan Rom. Di Rom Kuno, tunik adalah
pakaian kebanggaan lelaki dewasa dan kanak-kanak. Lelaki muda dan prajurit akan
memakai tunik berwarna putih yang panjangnya hanya sampai di atas lutut.
Manakala
lelaki dewasa, bangsawan dan hakim memakain tunik hingga sampai di pergelangan
kaki.Rakyat biasa mengenakan tunik yang dibuat dari kain wol berwarna putih.
Tidak ada seorang pun dari kalangan rakyat biasa yang diizinkan mengenakan
tunik berwarna ungu. Peraturan ini dijalankan dengan ketat. Warna ungu adalah
warna raja.
Sekarang
ini tunik menjadi pilihan di kalangan wanita, terutama untuk pakaian santai dan
ketika berada di rumah. Fesyen pakaian tunik ringkas dan mudah disesuaikan
dalam semua acara.
No comments:
Post a Comment