Secara literal kita
mengukur gaji kita melalui angka yang kita peroleh pada setiap bulan. Tetapi
kenapa ada yang bergaji RM5,000 tapi tak mampu menyimpan, manakala yang bergaji
RM2,000 pula mampu menabung untuk masa depan?
Apabila tiada
keberkatan gaji, datanglah bermacam-macam dugaan. Walau gaji besar, dicampakkan
ke dalam hatinya nafsu untuk bergaya dan joli merata-rata. Kereta mahal tetapi
sering rosak kena baiki.
Gaji besar atau
banyak mana sekalipun, jika seseorang pekerja itu tidak jujur, culas dan
menyalahgunakan kuasa, akan hilang keberkatan dalam gajinya. Sebab itu kita
banyak mendengar keluhan atau rungutan dari rakan-rakan sekerja dalam apa jua
sektor sekalipun yang gaji mereka tak cukup walaupun sudah mencecah lima
angka.
Keberkatan rezeki antara perkara utama yang mesti dan
perlu dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan
dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan
sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.
Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibuat belanja
untuk beli makanan atau bagi yang sudah berkeluarga dibawa pulang ke rumah
untuk diberi makan anak isteri.
Ada orang memandang ringan isu keberkatan rezeki ini.
Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka tidak
sedar wujudnya hubungan langsung antara keberkatan rezeki dan setiap aspek
kehidupan kita.
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama adalah yang kita nampak akan hukumnya dalam Islam iaitu rezeki yang datang daripada sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu dan seumpamanya.
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama adalah yang kita nampak akan hukumnya dalam Islam iaitu rezeki yang datang daripada sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu dan seumpamanya.
Tidak kurang juga bahayanya adalah apabila kita tidak
menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita
yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau memikul
sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh atau
melakukannya dengan tidak sempurna.
Lazimnya ia berlaku di tempat kerja seperti curi tulang,
datang lewat, malas, menipu majikan, kerja tidak bersungguh-sungguh, melakukan
kerja lain dalam waktu bekerja, tidak serius ketika bekerja, dengki, iri hati
dan seumpamanya.
Carilah keberkatan dalam urusan mencari rezeki semoga
dipermudahkan dan mendapat kebahagiaan atas apa yang diperoleh itu.
No comments:
Post a Comment