Monday 7 January 2019

GUNA ARANG BERKESAN PUTIHKAN GIGI KUNING

Kegunaan serbuk arang sebagai pemutih gigi diamalkan dalam masyarakat Malaysia, terutama di kalangan golongan tua. Namun, sebenarnya khasiat serbuk arang sebagai agen pemutihan gigi tidak pernah disahkan melalui mana-mana kajian saintifik.
Menurut pakar perubatan pergigian, serbuk arang sebenarnya tidak bertindak untuk memutihkan gigi, sebaliknya sekadar ‘trend’ kepercayaan bahawa amalan itu dapat memutihkan gigi.
Bagaimanapun, secara teori beliau tidak menafikan arang boleh digunakan untuk menghilangkan kekotoran pada gigi yang disebabkan oleh tabiat minum kopi atau merokok.
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Fungsi arang sebenarnya sama seperti kayu sugi iaitu untuk membersihkan gigi, bukannya memutihkan. Penggunaannya juga tidak boleh berlebihan kerana ia turut berisiko menipiskan lapisan enamel.

No comments:

Post a Comment