Namun,
sekarang ini seperti jadi satu fenomina apabila aspek mentaati dan kesetiaan sudah
hilang dari sifat sesetengah rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja tidak taat dan
setia, tetapi telah bertukar menjadi menghina dan durhaka.
Diharap sopan santun terhadap raja dan pemimpin diperteguhkan
dalam diri setiap rakyat Malaysia. Undang-undang khusus perlu dikuatkuasakan untuk
menghalang perbuatan menghina dan durhaka terhadap raja. Hukuman lucut kerakyatan wajar dipertimbangkan.
No comments:
Post a Comment