Tapi,
gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan.
Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5.
Elaun kehadiran penuh bulanan RM100. Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan
hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli
baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia
makan ais krim, dia beli untuk saya sekali. Malah, pernah beberapa kali dia
hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.
Dia
cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil
putar belit media.
Dia
seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat
dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.
Mula,
saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak
tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.
Satu
hari, dia tanya, "awak tadah tangan tu kenapa?"
"Doa."
Balas saya.
"Doa
apa?" Tanya dia.
"Macam-macam.
Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar."
Jawab saya.
"Awak
pun doa untuk bisnes saya?" Dia seolah sinis.
"Ya.
Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya." Kata saya
lagi.
Saya
tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada
juga cara lain yang lebih berhikmah.
Lama-lama,
hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia
layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan
belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya
bukan maid dia.
Sampai
la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu
ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia
cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.
Seterusnya,
dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang
patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli
dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.
Sampai
masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.
Satu
hari, dia jumpa saya dan kata, "saya sudah percaya tentang doa awak."
"Percaya
bagaimana?" Tanya saya.
"Masa
awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti,
pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin
ramai." Kata dia.
Saya
senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup
kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia
tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara
rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi
networking kita atau apa saja.
"Sekarang
saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan
jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah."
Saya
angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin
dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.
Kita
cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga
dengan sabar dan teladan.
Kita
perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika
kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan
harmoni.
Kita
perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.
No comments:
Post a Comment