"Maaflah
hari tu tak jadi jumpa, kereta saya rosak. Habis kena repair enjin," kata
beliau.
"Wah,
teruknya. Macam mana boleh rosak tu?"
Beliau
terdiam sebentar.
"Ada
kisah di sebaliknya. Allah nak beri peringatan."
Aku
meneguk air kopi yang baru dihidangkan sambil memasang telinga.
"Ini
saya beritahu sebagai pengajaran saja ya. Bukan untuk saya
menunjuk-nunjuk," beliau memulakan cerita.
"Saya
sudah sekian lama menyumbang wang untuk sebuah surau. Saya bayarkan bil
elektrik surau tersebut. Dari puluhan ringgit sebulan hinggalah jadi seribu
lebih sekarang. Setiap bulan tak pernah tinggal, selama beberapa tahun."
"Tapi
itulah, kita rasa kita ini pandai."
"Tempoh
hari saya beritahu pada pengerusi surau terbabit yang saya nak berhenti
menyumbang sekejap. Saya nak rehat 6 bulan. Yalah, dalam keadaan ekonomi
sekarang, saya fikir saya nak jimat sedikit duit. Pengerusi itu pun kata tak
mengapa, dia akan cuba bayar bil elektrik itu dari duit tabung masjid dan
sumbangan yang lain."
"Selang
beberapa hari, kereta MPV saya mula meragam. Lampu indicator menyala. Saya
rasakan mungkin masalah enjin. Bila bawa ke mekanik, dia kata kalau nak
betulkan kena RM7000. Saya biarkan saja, tak mahu repair lagi."
"Suatu
hari, saya sedang memandu. Tiba-tiba perasan suhu enjin naik, tak lama kemudian
keluar asap. Saya terus berhentikan kereta. Panggil tow truck untuk bawa ke
bengkel berdekatan."
"Awak
tahu berapa saya kena untuk baiki? RM10,000!"
Tercengang
aku dengar. Aduh, banyaknya nak kena bayar. Kalau aku kena memang menangis.
"Bila
jadi macam tu, terus saya teringat pada sumbangan surau tadi. Itu perkara
pertama yang terlintas dalam kepala saya."
"Kononnya
saya nak jimat 6 bulan punya bil, Tuhan ambil dari saya lagi banyak dari
itu."
"Kita
tak sedar, rupanya selama ini duit kita masuk, kita mampu bayar bil sana sini,
semuanya Tuhan yang bagi izin. Kita ingat kita pandai, konon nak jimat, padahal
Tuhan yang bagi kecukupan itu untuk kita."
Beliau
berhenti seketika untuk menghirup kopi, kemudian menyambung,
"Tapi
saya bersyukur, sebab Tuhan cuma ambil RM10,000. Bayangkan apa yang terjadi
kalau saya ditimpa kemalangan akibat kerosakan enjin tadi? Mungkin belanjanya
lebih besar, mungkin saya atau ahli keluarga cedera. Tentu lebih teruk."
"Tuhan
cuma ingin menyedarkan."
"Apa
pengajaran yang kita dapat dari kisah saya ini? Kalau awak dah biasa buat
sumbangan atau sesuatu amalan, jangan tinggalkan. Jangan rasa pandai, nak rehat
atau nak relaks kejap. Jangan."
"Setakat
mana yang awak mampu bagi, buat saja. Sikit pun tak apa. Yang penting jangan
dihentikan.
"Jangan
takut tak cukup atau tak mampu. Tuhan yang cukupkan dan Tuhan yang beri awak
kemampuan. Kita mungkin ada buat pelbagai pengiraan matematik, namun hakikatnya
rezeki ini sesuatu yang kita tak boleh jangka. Bila-bila masa Tuhan boleh beri
dan ambil."
Fuh,
tersandar aku mendengar kisah beliau.
Aku
teringat amalan-amalan yang aku buat. Kadang rajin kadang malas. Betul, bila
dah selalu buat, sampai satu masa kau akan rasa letih. Kau rasa nak rehat
sekejap. Konon nanti bila dah puas rehat, boleh sambung balik.
Bila
dengar cerita beliau ini, aku terus insaf. Tak jadi aku nak bermalas-malasan
dalam memberikan 'hadiah' kepada Tuhan.
Ya, kita
ingat kita ini cukup pandai. Waktu tak ada duit, merayu berhari-hari minta
bantuan Tuhan. Bila Tuhan sudah bagi senang sedikit, mulalah nak rehat.
Kau lupa,
yang izinkan kau untuk beribadat itu Tuhan. Yang izinkan kau untuk bersedekah
itu juga Tuhan. Kerja kau, buat saja. Tuhan akan uruskan yang lain-lain. Kau
rasa tak cukup, nanti Tuhan akan tambah.
Dia macam
ini, duit kau dan rezeki kau yang hakiki, Tuhan dah asingkan siap-siap,
langsung tak luak pun. Kau tak perlu risau yang itu. Sekarang ini Tuhan bagi
kau lebihan duit, hanya untuk kau sedekah dan dapat pahala percuma.
Tapi
kalau begitu pun kau rasa penat dan nak berhenti, kalau duit
lebihan
itu pun kau rasa kau yang punya, maka wajarlah Tuhan bagi peringatan.
Sungguh
aku insaf.
Aku harap
kau pun dapat pengajaran juga dari kisah ini. Sama-samalah kita beringat. Dalam
harta kita, ada juga hak untuk orang lain. Sikit kongsi cara sikit, banyak
kongsi cara banyak, namun jangan ditinggal terus.
Selamat
beramal.
Kredit
penulis tak diketahui semoga pahala mengalir ke syurga kerana berkongsi
pengajaran ini..
No comments:
Post a Comment