Seorang
Ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang
digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada si Ustaz.
Tukang
Gunting: Saya nak tanya satu soalan.
Ustaz:
Ya, silakan.
Tukang
Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud?
Ustaz
: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia
ni.
Tukang
Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan
Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam
kesusahan di dunia ini.
Ustaz
: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".
Tukang
Gunting: Kenapa Ustaz diam??
Ustaz
: Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu
selepas semua selesai.
Si
tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa
jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.
Tukang
Gunting: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?
Ustaz:
Berapa harga?
Tukang
Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari Ustaz)
Ustaz
: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".
Setelah
membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat
tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut
dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut
kusut masai.
Ustaz
: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??
Tukang
Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.
Ustaz
: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak
terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.
Tukang
Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak
terurus.
Ustaz
: Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.
Tukang
Gunting: "Terdiam seketika".
Ustaz
: Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa
ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti
rambut yang dijaga.
Tukang
Gunting: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam
keadaan menitis air mata".
Pengajaran
kisah: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kamu
anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan
manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.
No comments:
Post a Comment