Atau
jangan menulis (dengan tujuan menyebarkan) sesuatu yang negatif berkenaan
dirinya. Jangan sekali kali mengambil sebarang tindakan susulan yang boleh
memudaratkan lagi keadaan seperti mengintip, mencari rahsia, mengumpat,
mengejek atau memfitnah.
Maksudnya
selagi hasad dengki dipendamkan dalam hati maka ia belum jatuh ke tahap
berbahaya. Cepat cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Ini
juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:" Tiga sifat yang
tidak seorang pun selamat daripadanya iaitu takut (kerana sesuatu), buruk
sangka dan hasad dengki. Jika kau berasa takut (kerana sesuatu) maka jangan
mundur (hadapilah), jika kau berhasad maka jangan lanjutkan, dan jika kau
bersangka buruk maka jangan buktikan (jangan mencari buktinya)." (Hadis
riwayat Baihaqi)
No comments:
Post a Comment