Saturday, 19 January 2019

NAMA ISLAM, HALAL BAWA UNTUNG

Orang Hindu setiap hari sembahyang sembah dewa Shiva, Brahma, Durga, Visually minta rezeki kasi masuk sambil hempas kelapa lima anam biji. Tapi apabila mahu berniaga akhir-akhir guna nama Ameer Corner, Bismillah Biryani, Saifudin Curry House, tampal ayat suci Al Quran sana sini. Pekerja dipaksa pakai kopiah dan songkok.

Orang Hindu tahu dan yakin jika dia letak nama kadari Brahma Nasi Kandar, mesti bankrap. Jadi, terpaksa guna nama-mana dan ciri-ciri Islam.

Sama sahaja orang Cina. Kerap berlaku kes individu tertentu hina Islam. Tuduh penganut Islam pengganas, Melayu rasis, Melayu malas, Melayu itu dan ini, hina Raja-raja Melayu, hina perlembagaan. Tetapi, bila mau bisnes guna nama Bilal, letak lambang masjid dan nama-nama ciri kemelayuan.

Bagi ambo, apa yang dilakukan Hindu dan Cina itu satu strategi untuk meraih untung. Yang salah sebenarnya orang Islam sendiri. Melayu yang mudah terpengaruh dengan nama dan logo berciri Islam.

Sudah terhantuk baru tengadah. Banyak kes penipuan dan manipulasi berkaitan Islam terbongkar, maka baru ingin berhati-hati. Perkara ini sepatutnya sudah lama dikesan jika umat Islam membuat sedikit penelitian terhadap perniagaan dijalankan bukan Islam. Ini bukan bertujuan menimbulkan perasaan was-was, tetapi lebih kepada langkah pencegahan.

Satu perkara lagi, keadaan ini berlaku kerana umat Islam tidak melaksanakan fardu kifayah. Sepatutnya hal urusan makanan dan keperluan umat Islam perlu diuruskan sendiri oleh orang Islam.

Apabila ada orang Islam berniaga, sepatutnya orang Islam kena pakat bantu. Jangan berkira sangat soal harga dan kualiti. Apa yang penting ialah halal. Keadaan itu biasa dihadapi peniaga baru. Lama-lama akan berubah dan mampu bersaing dengan peniaga bukan Islam. Yang penting Islam bantu Islam. Anggaplah itu satu jihad.

- Catatan ini bukan bertujuan untuk menghina dan menimbulkan konflik dengan mana-mana penganut agama atau kaum lain. Ia sekadar membicara apa yang sepatutnya dibuat oleh orang Islam.

No comments:

Post a Comment