Air Terjun Jeram Perlus antara air
terjun tercantik di Selangor. Kalau anda teringin ke sini sila mantapkan mental
dan fizikal. Anda bakal meniarap, menonggeng, merangkak dan melompat.
Satu lagi yang sering diingati ialah terpaksa
'bertempur' dengan pacat di segenap sudut. Jadi, ada perlu bersedia dengan keperluan
untuk mengatasi masalah pacat ini.
Cara nak ke sini, parking di
Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai. Mulakan trekking lebih kurang 3-4 jam.
Terletak di kawasan
belantara berhampiran Empangan Pangsun, Hulu Langat, Selangor, lokasi air
terjun ini jarang dikunjungi orang awam berikutan kedudukannya yang jauh dari
jalan raya dan terpencil.
Untuk menjejaki Air
Terjun Perlus, seseorang perlu menempuh laluan hutan hampir tiga hingga empat
jam. Ini membuatkan hanya penggemar rekreasi luar yang agak lasak sahaja mampu
tiba di air berkenaan.
perlukan permit ke? Guide contact no.?
ReplyDelete