Thursday 3 January 2019

BANYAK TEMPAT BOLEH MEROKOK

Ramai tidak bersetuju dengan peraturan larangan merokok yang diperluas ke lebih banyak kawasan dan tempat umum? Jenaka dan lawak mengenai penguatkuasaan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di Malaysia bermula 1 Januari 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memenuhi media sosial.

Tahukah anda, statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa 10,000 rakyat Malaysia yang mati setiap tahun disebabkan penyakit berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok.

Sejumlah 49 peratus daripada lelaki dewasa di negara ini merokok, melebihi kadar di negara maju seperti di Britain (38 peratus), Amerika Syarikat (35 peratus) dan Sweden (30 peratus).

Tabiat ini boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit terutama penyakit kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan mati pucuk.

Gejala ini bukan sahaja membawa kemudaratan kepada perokok tetapi ia juga memberi kesan kepada orang di sekeliling mereka disebabkan asap rokok sekunder.

Kerajaan dijangkan bakal menanggung beban kos rawatan mencecah RM7.4 bilion pada tahun 2025 jika kawalan tembakau tidak dikuatkuasakan di negara ini.

Merokok memang hak individu. Merokoklah semahu mungkin kerana tidak ada undang-undang yang menyekat perokok untuk merokok sebanyak mana dalam sehari. Yang dikuatkuasakan undang-undang hanya berkaitan merokok di tempat yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok.

Perokok masih mempunyai banyak tempat yang boleh merokok tanpa dikenakan sekatan. Merokoklah semahunya. 

No comments:

Post a Comment