Monday, 11 February 2019

WASPADA ELAK SUMBANG MAHRAM

Kes jenayah rogol mahram dapat dikawal jika semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga. Hubungan lelaki dan perempuan muhrim perlu menepati batasan agama agar tidak terdorong nafsu syahwat. 

Nafsu syahwat tidak mengenal erti muhrim. Jika batasan pergaulan tidak dibatasi, mudahlah membangkitkan nafsu syahwat.

Satu perkara yang penting dijaga ialah soal berkaitan aurat. Biarpun batasan aurat lelaki dan perempuan muhrim agak longgar, tidak tidak bermakna sehingga tidak diendahkan langsung.

Elak sama sekali daripada perbuatan memakai pakaian terlalu terdedah dan lalai menjaga kedudukan pakaian sehingga terlondeh atau terselak ke paras yang tidak sepatutnya.

Selain itu, gurau senda dan perbuatan bermesra jangan keterlaluan apabila usia meningkat dewasa. Sebab itu, anak-anak berusia 10 ke atas perlu diasingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan.

No comments:

Post a Comment