Imam Syafie sentiasa megembara untuk mencari ilmu
dan pada masa sama mengajarkan kepada orang ramai yang ingin berlajar dengannya.
Dalam pengajaran ilmunya, beliau bersikap tegas dalam menyatakan kebenaran. Sikap
itu tidak disenangi sesetengah pihak.
Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh
Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut
rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah
oleh Khalifah Harun ar-Rashid.
Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan
anak muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai. Mereka juga
dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.
Walau bagaimanapun dengan izin Allah SWT Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal.
Walau bagaimanapun dengan izin Allah SWT Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal.
Di antara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh
Imam Syafie, yang membuatkan hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid
terpesona ialah firman Allah SWT dari surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud:
“Hai orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasik yang membawa
suatu berita, periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu
menyesal atas perbuatanmu itu”
No comments:
Post a Comment