Setiap Muslim perlu mengelak
daripada melakukan sebarang bentuk penderaan. Sesiapa terlanjur melakukan
kesalahan ini, berusahalah untuk memohon maaf kepada orang yang dilakukan
perbuatan itu. Allah SWT tidak akan mengampunkan kesalahan,
melainkan orang itu memaafkannya.
Masyarakat juga bertanggungjawab
menyekat kes penderaan berterusan. Sebarang kes penderaan yang diketahui perlu
dihalang segera. Halanglah dengan kemampuan sendiri atau dilaporkan segera
kepada pihak berkuasa.
Sifat membiarkan penderaan berlaku
dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain telah menyebabkan kes
penderaan berlaku semakin merebak. Kes penderaan kanak-kanak ada membawa kepada
kematian disebabkan jiran tetangga yang tidak ambil kisah.
Sifat tidak memperdulikan hal
persekitaran dan mementingkan diri sendiri membawa kepada diri ditulikan dan
dibutakan kalbunya oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: “Mereka
itulah orang yang melakukan kerosakan (di bumi) yang dilaknati Allah lalu
ditulikan-Nya telinga mereka (daripada mendengar kebenaran) dan dibuta-Nya mata
mereka (daripada melihat petunjuk).” (Surah Muhammad, ayat 23).
No comments:
Post a Comment