Tuesday, 12 February 2019

SIAPA KITA PADA AKHIR USIA


Mengapa Islam amat menitikberat soal usia dan apakah kepentingan usia dalam Islam? Rasulullah SAW bersabda: "Dua nikmat yang manusia sering lalai dan alpa ialah kesihatan dan waktu atau usia yang Allah berikan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam al-Qurtubi bercerita di dalam bukunya, Tazkirah Tentang Kematian dan Perkara Berkaitan Akhirat, sebuah kisah yang berlaku di Mesir mengenai seorang Muazin yang sanggup murtad kerana ingin berkahwin dengan seorang perempuan beragama Kristian yang dilihatnya sewaktu hendak melaungkan azan. Tetapi hidupnya berakhir dengan kematian sebelum sempat bersama wanita tersebut.

Kesan daripadanya, jelas Imam al- Qurtubi, bagaimana usianya di sisi Allah yang sudah pastinya menjadi ahli Neraka kerana sanggup murtad hanya kerana hendak berkahwin dengan wanita Kristian tersebut.

Pengajaran daripada kisah ini, ialah manusia tidak mengetahui penghujung usianya dan hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Jadi, menjadi satu perkara yang penting, supaya umur yang diberikan dan diamanahkan oleh Allah sentiasa dimanipulasikan untuk mendatangkan pahala kepada kita.

No comments:

Post a Comment