Pembinaan Jalan arya Timur Barat ini adalah lambang kegigihan
dan pengorbanan generasi dahulu, khususnya pihak JKR dan para pekerja yang
tabah meneruskan pembinaan sekalipun berdepan cabaran kerja yang amat sukar dan
berisiko tinggi.
Titisan air mata mereka dahulu membawa kesenangan kepada generasi masa kini. Bukan sahaja perjalanan antara pantai Barat dan pantai Timur semakin dekat, ia juga berjaya mengekang kegiatan pengganas komunis. Mungkin generasi sekarang tidak akan dapat menghayati atau memahami erti pengorbanan ini. Bagi mereka lebuh raya tersebut hanyalah laluan yang dibina bagi memudahkan perjalanan mereka dengan selesa dan pantas.
Penderitaan dan pengorbanan para pekerja di sebalik pembinaan Jalan Raya Timur Barat ini diabadikan dalam bentuk sebuah tugu peringatan berhampiran Kem Sri Banding. Di lokasi inilah komunis melancarkan serang hendap yang memusnahkan 63 jentolak dan membunuh tiga pekerja JKR.
Catatan pada tugu peringatan tersebut sangat menyayat hati, sangat mengusik kalbu. Juga terdapat papan tanda mengandungi gambar-gambar dan penerangan ringkas mengenai serangan komunis berkenaan serta proses pembinaan lebuh raya berhampiran tugu tersebut.
Diperturunkan tulisan pada batu ingatan tersebut yang bertajuk; Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982).
“Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) telah dibuka pada lalu lintas pada 1 Julai 1982. Banyak nyawa telah terkorban semasa kerja pembinaan dilaksanakan mulai tahun 1970. Ada yang terkorban semasa kemalangan di tempat kerja dan ada yang diserang oleh pengganas komunis.
“Di lokasi ini 63 buah mesin jentolak tanah telah diletupkan oleh pengganas komunis pada 23 Mei 1974. Di lokasi ini juga tiga nyawa pekerja JKR telah terkorban dan beberapa lagi cedera dalam serangan pengganas pada 27 Ogos 1974.
Beberapa serangan lain juga telah berlaku di sepanjang jalan
raya yang melibatkan pekerja JKR dan anggota pasukan keselamatan. Kita
memperingati semua yang telah berkorban nyawa bagi menjayakan pembinaan Jalan
Raya Timur Barat ini. Sila sedekahkan al-fatehah kepada orang-orang yang
terkorban di sini.”
Sejajar dengan Rancangan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Malaysia 1993, Jalan Raya Timur Barat disambung selari dengan pembinaan Jalan Raya Butterworth-Kulim. Titik penghujung lebuh raya tersebut di persimpangan Sungai Seluang menjadi titik permulaan Jalan Raya Butterworth-Kulim.
Bahagian Kulim-Baling dibina dahulu diikuti bahagian akhir dari Titi Karangan ke Gerik di mana jalan raya sambungan itu bertemu dengan Jalan Raya Timur Barat yang asal. Pembinaan bahagian akhir ini bermula pada 2001 dan siap pada 2005. Jarak antara Kulim dengan Gerik ialah 125 kilometer melalui jalan raya sambungan ini.

No comments:
Post a Comment