Bukit Mertajam atau singkatannya BM merupakan
satu bandar yang terletak di negeri Pulau Pinang. Bukit Mertajam terletak
berhampiran dengan Butterworth dan Kulim di Kedah. Keluasan Bukit Mertajam 97.2
km persegi.
Bukit Mertajam terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Bandar
lain yang terletak dalam daerah Seberang Perai Tengah ialah Perai, Perda dan Seberang Jaya.
Bukit Mertajam diambil dari nama buah
mertajam. Nama rasmi pokok ini ialah mertajam atau nama sainstifiknya Erioglossum rubiginosum.
Di setengah tempat, buah mertajam dikenali buah terajan, buah trajan atau trajam.
No comments:
Post a Comment