Alor Setar, ibu negeri Kedah. Mengikut
catatan sejarah, Alor Star dikatakan menjadi pusat pentadbiran sejak 1735 apabila
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin bersemayam di sebuah kota yang dikenali Kota
Star.
Kedudukan Alor Setar bermula di
kawasan tebing Sungai Kedah yang diapit oleh kuala sungai Anak Bukit dan kuala
Alor Malai.
‘Alor’ yang dimaksudkan pada nama Alor
Setar ialah alur atau anak sungai yang kini dikenali sebagai Alor Malai.
Manakala perkataan 'setar' pula adalah
merujuk kepada sejenis pokok dikenali pokok setar. Pokok setar juga dikenali dengan
beberapa nama lain seperti buah kundang, buah
temia, buah rembunia, buah kemior dan buah ghemia.
Di alur itu terdapat pokok
setar yang menjadi 'rujukan' nama tempat itu. Maka, ia dikenali sebagai Alor Setar
yang kekal sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment