Semasa ujian memandu, satu praktikal yang perlu dilalui setiap
calon untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan ialah 'masuk parking' atau meletak
kenderaan di tempat letak kenderaan yang ditetapkan.
Kenderaan yang masuk petak ditetapkan mesti 'betul' dan tidak
melepasi garisan atau luar kawasan. Peraturan ini ditetapkan bagi memastikan kenderaan
yang diletakkan tidak mengganggu kawasan atau petak letak kereta untuk kereta lain.
Malang sekali aspek penting ini hanya lulus dan dipatuhi ketika
ujian mendapatkan lesen memandu. Selepas itu, amalan atau tindakan yang mesti dipatuhi
itu tidak diamalkan.
Masalah kenderaan diletakkan melibatkan kawasan petak sebelah
kerap berlaku. Akibat perbuatan itu, dua petak yang sepatutnya boleh dimanfaatkan
untuk dua buah kenderaan hanya boleh digunakan untuk sebuah sahaja.
Keadaan itu pastinya mendatangkan masalah besar kepada pengguna
lain, terutama ketika ketiadaan tempat kenderaan letak kenderaan yang kosong.
Diharap pemilik kenderaan lebih prihatin dalam soal ini. Jangan
hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Fikirkan juga tentang orang lain. Kalau
kita memudahkan orang lain, insya-Allah kita pula akan dipermudahkan dalam urusan
lain oleh Allah.
No comments:
Post a Comment