Akibat
harga terlalu murah, hasil pertanian tidak dipasarkan. Ia bukan bermakna tidak ada
pembeli, tetapi kadang-kadang tidak menguntungkan jika dijual kerana melibatkan
kos upah, pengangkutan dan lain-lain. Kebanyakan hasil pertanian tidak dapat disimpan
lama kerana akan rosak atau buruk. Inilah realiti yang terpaksa dihadapi oleh petani.
Harap
pihak kerajaan atau swasta dapat membantu petani dalam soal kejatuhan harga hasil
pertanian agar kehidupan petani yang rata-rata miskin tidak tertekan dengan fenomina
ini.
Sikap
sekadar mencadangkan tanpa tindakan yang komprehansif tidak akan menyelesaikan masalah.
Pemimpin politik jangan sekadar mencadangkan, tetapi perlu disusuli dengan bantuan
yang sewajarnya. Satu lagi, sebelum mencadangkan, buatlah kajian sama ada perkara
itu boleh dilakukan atau tidak.
No comments:
Post a Comment