Friday, 8 February 2019

SEJARAH MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

Ibu Pejabat Majlis Daerah Gua Musang (MDGB) telah beroperasi di pejabat baru pada 07 Mei  2017. Lokasi pejabat berhampiran Hospital Gua Musang. Bangunan bernilai  RM7.9 juta dijangka dapat menampung keperluan dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Pada awal penubuhan ia dikenali dengan nama Majlis Daerah Ulu Kelantan. Menerusi Warta K.N.PU 32 yang bertarikh 13 September 1983, Majlis Daerah Ulu Kelantan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Gua Musang. Penyusunan semula dibuat di bawah Akta 171 dan 176 mulai 1 Januari 1979.

Majlis Daerah Gua Musang telah dibentuk hasil daripada penubuhan serta pencantuman dua buah Penguasa Tempatan yang sedia ada iaitu Lembaga Bandaran Gua Musang dengan Majlis Tempatan Bertam yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1984 di bawah Seksyen 3(1), Undang-Undang Majlis Tempatan 1952.

Di samping itu, Majlis Daerah Gua Musang meluaskan lagi empayarnya dengan mengadakan perluasan kawasan operasi majlis daripada 0.68 batu persegi (1.76 kilometer persegi) kepada 50 batu persegi (129.5 kilometer persegi). Antara kawasan tersebut ialah Kampung Star, Kampung Pulai, Pasir Tumbuh, Chegar Bongor, Kampung Kerinting, Limau Kasturi, Batu Papan dan Kampung Lepan Tupai (Lepan Jaya).

Selepas pewartaan perluasan kawasan Majlis Daerah Gua Musang pada 15hb September 2005, keluasan pentadbiran Majlis Daerah Gua Musang telah bertambah iaitu seluas 7,979.77 kilometer persegi yang mana ia merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Galas, Daerah Bertam dan Daerah Ciku.

No comments:

Post a Comment