Saturday 23 February 2019

MENGAKU DIRI LEBIH ALIM


Ada golongan yang mendakwa dirinya alim dan takwa lebih berbanding orang lain merasa megah terhadap apa yang telah dicapai olehnya. Lantas, sesiapa yang tidak sealiran dengan mereka dianggap pula sebagai tidak beriman atau kurang kuat imannya.

Sesungguhnya, kedudukan seseorang di sisi Allah tidak ditentukan oleh individu lain. Jika seluruh manusia di muka bumi ini menghina seseorang, sedangkan Allah SWT memujinya sebagai hamba yang diredai, maka sudah memadai apa yang Allah SWT tetapkan itu.

Begitulah sebaliknya, biarpun dipuji seluruh manusia, sedangkan Allah SWT menentapkan sebaliknya, maka pujian itu tidak memberikan keuntungan sedikitpun kepada orang itu di akhirat nanti.

Maka sebab itu kita perlu ikhlas melakukan amalan hanya kerana Allah SWT. Kemuliaan seseorang diukur berdasarkan kepada takwanya, bukan banyak mana harta yang dimiliki atau tinggi mana jawatannya.

Ini tidak pula bermakna kita dilarang mencari kekayaan dan kedudukan. Islam meraikan sifat semualajadi manusia yang berkehendakkan kepada kedua-dua keadaan itu.

Hanya apa yang perlu ditekankan ialah janganlah harta dan kedudukan menjadi punca kita lalai daripada menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment