Saturday 23 February 2019

TAWAS HILANGKAN BAU BUSUK AIR PERIGI

  
Masalah air telaga atau perigi berbau kerap berlaku terutama yang baharu digali atau sudah lama tidak digunakan. Masalah air keruh juga sering terjadi, lebih-lebih lagi selepas hari hujan. Air telaga juga akan bermasalah mengeluarkan bau tidak menyenangkan ketika musim panas.

Satu cara untuk menghilangkan bau busuk atau tidak menyenangkan itu ialah dengan mengepam atau menyedut keluar air itu. Cara itu agak sukar, terutama jika kuantiti atau jumlah air agak banyak.

Cara mudah untuk mengatasi masalah itu ialah dengan menggunakan batu tawas. Ambil kira-kira 200 gram tawas dan dimasukkan di dalam telaga. Biarkan ia larut. Tunggu sehingga tiga hingga empat jam untuk lihat keberkesannnya. 
 
Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi. Penggunaan tawas tidak mendatangkan bahaya.

Unsur tawas akan 'mengikat' bau yang tidak menyenangkan dan menjadikan air lebih jernih. 

Boleh digunakan untuk telaga, kolam, telaga tiub, tangki dan sebagainya. 

Dapatkan tawas rawat air secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik pautan di bawah.

Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.

Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 


Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 


Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.

No comments:

Post a Comment