Buku sember ilmu. Namun, buku juga
jadikan medium oleh musuh Islam untuk menyerang pemikiran umat Islam. Orentalis
menerbitkan banyak buku ilmiah yang hampir sama dengan karangan ilmuan Islam.
Kandangan buku itu secara umumnya
tidak nampak bertentangan dengan karangan ilmuan Islam, kecuali pada tempat tertentu
sahaja. Jadi, buku itu menjadi pilihan sebagai ganti atau altenatif kepada
buku-buku karangan ilmuan Islam.
Cara ini bertujuan agar secara
perlahan-lahan umat Islam mempunyai alternatif bacaan dan kemudian dapat
dijadikan sebagai rujukan.
Penampilan mereka dalam membawa
aliran pemikiran yang dilihat secocok dengan kehendak Islam Bahkan ada di
antara pengarang buku itu yang hafal al-Quran dan mengenal Islam secara
mendalam.
Beberapa orang di antara mereka
ada yang menjelma sebagai ulama Islam dan diterima di negara-negara Islam.
Peluang itu memudahkan mereka menyebarkan sesuatu yang 'lari' dari falsafah ilmu
Islam sebenar.
Selain itu mereka juga menerima
secara terbuka umat Islam yang hendak belajar dengan mereka dalam segala bidang
ilmu. Kemudian secara perlahan-lahan mempengarauhi umat Islam dengan berbagai
model dan teladan yang dijadikan ikutan.
Cara ini cukup berjaya kerana
umat Islam memiliki percanggahan keilmuan yang kemudiannya tidak lagi yakin
kepada ilmuan Islam terutama dalam hal berkaitan dunia moden.
Sebab itu, umat Islam perlu lebih peka memilih buku karya ilmu Islam yang bersandarkan kepada keikhlasan menyebar dan berkongsi ilmu.
Sebab itu, umat Islam perlu lebih peka memilih buku karya ilmu Islam yang bersandarkan kepada keikhlasan menyebar dan berkongsi ilmu.
No comments:
Post a Comment