Satu fenomina tidak dapat
dinafikan mengenai kedudukan umat Islam ialah berdepan krisis kemiskinan.
Majoriti umat Islam di seluruh dunia dalam keadaan miskin, kecuali kelompok
tertentu dan di negara kaya pengeluar minyak.
Di kalangan orang miskin, mereka
terpaksa mengharapkan bantuan pihak lain untuk memenuhi keperluan hidup. Pihak
kerajaan menjadi sandaran untuk mendapat bantuan, selain baitulmal dan badan
bukan kerajaan.
Terdapat juga bantuan
disalurkan melalui badan agama bukan Islam. Bantuan disalurkan oleh kumpulan
ini tidak menumpukan kepada sesuatu agama sahaja.
Tidak terkecuali mendapat
bantuan ialah penganut agama Islam. Secara dasarnya, bantuan itu tidak salah
untuk diterima. Namun, apabila dihalusi, bantuan itu ada udang di sebalik batu.
Bantuan itu bukan satu bentuk
bantuan biasa. Sebaliknya ia berbentuk 'dakwah' memperlihakan agama mereka
lebih baik dan cakna kepada orang ramai.
Lama kelamaan, imej agama itu
akan diterima oleh penganut Islam. Mereka akan terperangkap dengan taktik licik
pihak yang memberi bantuan.
Malah dalam keadaan tertentu,
penerima bantuan, khususnya tempat tinggal, akan tinggal atau menginap
menggunakan kemudahan rumah ibadat agama lain.
Walaupun, mereka tidak secara
nyata menyuruh atau menyebarkan agama mereka, sedikit sebanyak memberi
keyakinan kepada orang Islam berkenaan bahawa individu atau pihak yang menolong
mereka itu lebih baik dan begitu juga dengan agama anutan mereka.
Perkara ini bukan saja berlaku
di negara bukan Islam, bahkan turut berlaku di negara Islam termasuk di
Malaysia.
Untuk mengelak kes berkenaan
berlaku, pengurusan kebajikan umat Islam perlu lebih proaktif mengenalpasti dan
menguruskan bantuan kepada golongan yang layak.
Buktikan bahawa umat Islam amat
mementingkan hubungan dan bantuan sesama umat Islam. Individu Islam tidak akan diabaikan
oleh saudara seagamanya.
No comments:
Post a Comment