Pemimpin adalah
contoh kepada rakyat. Apa yang dilakukan oleh pemimpin akan menjadi ikutan dan
panduan kepada rakyat. Oleh sebab itu, pemimpin mesti seorang yang tidak rosak
moral dan kehidupannya.
Dalam sistem
pemerintahan demokrasi yang mana pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihan
raya, maka wajib bagi rakyat hanya memilih pemimpin yang bersih dari segi soal
moral.
Perkara ini tidak
boleh dipandang mudah kerana jika pemimpin tidak bermoral dipilih menjadi ketua
negara atau apa-apa jawatan dalam saf kepimpinan negara, sudah pasti sikap
buruk pemimpin itu pula yang akan dicontohi oleh rakyat.
Tambah buruk lagi
jika permimpin itu pula yang akan menggalakkan atau meluluskan apa-apa
peraturan hidup songsang yang bertentangan dengan amalan hidup beragama,
khususnya agama Islam yang menjadi pegangan majoriti rakyat Malaysia.
Seseorang pemimpin mesti mempunyai
akhlak yang baik supaya perjalanan pentadbiran negara berjalan sempurna.
Sejarah sudah membuktikan, salah satu ciri masyarakat unggul dan menguasai
peradaban adalah masyarakat yang memiliki pemimpin berwibawa, tegas, adil,
berpihak pada kepentingan rakyat, mempunyai visi kuat serta mampu menghadirkan
perubahan ke arah lebih baik.
Ajaran Islam secara tegas menyatakan kepemimpinan adalah mercu yang tidak
boleh diabaikan dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. Al-Quran
banyak memberi gambaran adanya hubungan positif antara pemimpin yang baik
dengan tingkat kesejahteraan masyarakat.
Pada zaman moden ini, isu kepemimpinan
Melayu menjadi bahan perbincangan hangat setiap kali berlaku pilihan raya atau
berlaku pemilihan pada peringkat parti. Mungkin kerana orang Melayu rata-rata
beragama Islam di negara ini, maka nilai kemelayuan itu selalu dikaitkan dengan
sifat yang dikehendaki sebagai pemimpin Muslim juga.
Tidak mudah menjadi pemimpin Melayu
sebenarnya, khususnya dalam senario negara pelbagai kaum. Pemimpin kerajaan
dari kalangan Melayu harus memakai dua pakaian – sepasang sebagai pemimpin
rakyat Malaysia, sepasang lagi sebagai pemimpin Melayu.
Ada pandangan semasa yang mengatakan
pemimpin Melayu tidak wajar lagi menjadi juara bangsanya. Mereka harus melihat
daripada kerangka minda yang lebih besar. Lalu mereka akan cuba mengatakan perlunya
dibenamkan saja hal-hal seperti Agenda Melayu atau sebarang dasar yang
pro-Melayu.
Tetapi tuntutan sedemikian tidak pula
terdengar dipaksakan pada pemimpin kaum lain. Malah seringnya ada pemimpin
bukan Melayu yang berselindung di sebalik kepelbagaian budaya atau
multi-culturalism untuk mengetengahkan agenda perkauman secara halus.
Titik tolaknya ialah niat perjuangan
masing-masing. Idealisme boleh padam oleh waktu dan keperluan. Bara perjuangan
juga boleh pupus. Malah, hari ini usaha memperjuangkan nasib orang Melayu boleh
dicemuh oleh orang Melayu sendiri.
Zaman berubah, begitu juga nilai dan kepentingan. Pemimpin Melayu hari ini memerlukan kekuatan luar biasa untuk menempatkan di mana sebenarnya mereka – di antara menjadi realis, pragmatis atau oportunis.
Zaman berubah, begitu juga nilai dan kepentingan. Pemimpin Melayu hari ini memerlukan kekuatan luar biasa untuk menempatkan di mana sebenarnya mereka – di antara menjadi realis, pragmatis atau oportunis.
Biarlah kisah pemimpin besar Islam
menjadi pedoman. Biarlah kitab Sejarah Melayu dipelajari oleh semua. Biarlah
buku ungkapan nasihat yang ditulis oleh Tenas sentiasa menjadi rujukan.
Moga-moga di tengah haru-biru
perjuangan bangsa Melayu sekarang ini, mereka akan diberikan
kekuatan dan pedoman untuk terus memperjuang dan membela bangsa, agama dan
tanah air. Itupun sekiranya konsep itu tidak dijadikan bahan cemuhan anak
bangsanya sendiri.
No comments:
Post a Comment